Bidang kuasa dasar JITEN:
-
Meluluskan permohonan perolehan UiTM Cawangan/ Kampus Negeri mengikut had nilai kelulusan di bawah skop bidang seperti berikut:
a) ICT
b) Alat Pandang Dengar
c) Peralatan Elektronik Pejabat d) Peralatan Telekomunikasi -
Meluluskan permohonan perolehan UiTM Cawangan berdasarkan skop bidang mengikut had nilai perolehan iaitu sehingga RM500,000.
-
Mencadangkan arah tuju dan strategik untuk perlaksanaan ICT dan elektronik UiTM Cawangan.
-
Mengenalpasti dan mencadangkan sumber seperti kepakaran dan tenaga kerja yang diperlukan untuk melaksanakan arah tuju serta strategi ICT dan elektronik UiTM Cawangan.
-
Menyelaras pelaksanaan program ICT dan elektronik UiTM Cawangan.
-
Mengetuai dan memantau perkembangan program ICT dan elektronik UiTM Cawangan serta memahami keperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan.
-
Membuat penilaian teknikal permohonan mengikut had nilai kelulusan di bawah skop bidang seperti berikut:
a) ICT
b) Alat Pandang Dengar
c) Peralatan Elektronik Pejabat d) Peralatan Telekomunikasi -
Membuat penilaian teknikal permohonan mengikut skop bidang untuk had nilai kelulusan sehingga RM500,000 seperti berikut:
a) Meluluskan spesifikasi
b) Mengesyorkan analisa teknikal c) Mengesahkan ujilari
d) Mengesyorkan pertukaran model
e) Mengesyorkan penggantian peralatan yang hilang -
Menyediakan laporan kepada JPPIT mengikut keperluan.
Skop perolehan peralatan yang perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa ini:
Dokumen yang perlu diserahkan kepada Urusetia:
- Surat Permohonan kepada Pengerusi JITEN
- Salinan Surat Permohonan yang telah diluluskan oleh Rektor Kampus (Mohon pastikan ianya adalah salinan surat)
- Borang permohonan JITEN (BI/UP/01) (Mohon pastikan semua ruangan diisi dengan lengkap)
- Spesifikasi peralatan (Mohon diisi ke dalam sistem eProcurement Plus.)
- Kajian pasaran atau sebutharga dari syarikat (Contoh dokuman kajian pasaran)
- Katalog peralatan (Contoh katalog peralatan)