JKKP - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia

     

    Merupakan sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor. 

    Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UiTM Cawangan Kedah

    Universiti Teknologi MARA beriltizam memastikan keselamatan dan kesihatan persekitaran kerja dengan mewujudkan budaya kerja, selamat dan sihat kepada semua warga UiTM dan semua pihak yang berurusan di UiTM selaras dengan keperluan perundangan dan memenuhi tanggungjawab sosial

    Objektif

    • Menyediakan, menyenggara dan memastikan tempat kerja, peralatan dan sistem kerja agar sentiasa selamat
    • Menyediakan maklumat, latihan dan penyelidikan untuk memastikan sistem kerja yang selamat
    • Mewujudkan struktur penguatkuasaan, pemantauan, siasatan dan tindakan pembetulan berterusan demi menjayakan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UiTM
    • Mengadakan rundingan antara Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UiTM dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat fakuliti/jabatan/bahagian/unit unutk mendapatkan maklum balas
    • Memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan dalam menjalankan tugas
    QUICK LINKS

    Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah,
    Kampus Sungai Petani,
    08400 Merbok,
    Kedah Darulaman,
    Malaysia.

    Tel: +604-456 2000
    Fax: +604-456 2223

    General Inquiry: Corporate Communication Unit
    Email: korporatkdh@uitm.edu.my