Breadcrumbs

Soalan 1: Bagaimana graduan boleh mendapatkan Transkrip Akademik?
Jawapan: Graduan boleh memohon Trankrip Akademik dengan melayari web konvokesyen di http://kedah.uitm.edu.my/konvokesyen atau berurusan terus di Kaunter Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Kedah
 
Waktu Pejabat :  Ahad - Khamis
Masa Pejabat : 8.00  pagi - 1.00 petang
  2.00 petang - 5.00 petang
  (Kecuali Hari Khamis bermula 2.00 petang hingga 3.30 petang)
Maklumat lanjut; sila hubungi  04- 4562384/2385
   
Soalan 2: Bagaimana bakal graduan boleh memperolehi maklumat semasa mengenai istiadat konvokesyen? 
Jawapan: Bakal graduan boleh memperolehi maklumat penting khususnya mengenai sidang Istiadat konvokesyen adalah dengan melayari web konvokesyen.
   
Soalan 3: Bagaimana graduan yang tidak hadir konvokesyen boleh mendapatkan skrol dan transkrip mereka?
Jawapan: Bagi graduan yang hadir Istiadat Konvokesyen, anda boleh mendapatkan skrol dan transkrip sebaik sahaja jubah graduan dipulangkan kepada universiti.
  Bagi graduan yang tidak hadir pada Istiadat Konvokesyen, anda dikehendaki membuat bayaran terlebih dahulu di Bank Islam Malaysia Berhad sahaja ,pembayaran melalui pos tidak diterima. Selepas bayaran dibuat, graduan boleh menuntut skrol dan transkrip  di kaunter Bahagian HEA, UiTM Cawangan Kedah.
  Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan/kehilangan dan sebagainya ke atas skrol dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut dalam tempoh 90 hari selepas Istiadat Konvokesyen.
  Graduan boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil skrol dan transkrip dengan cara mengemukakan dokumen berikut:-
i. Surat wakil/kebenaran;
ii. Salinan MyKad graduan;
iii. Salinan MyKad wakil; dan
iv. Salinan resit bayaran.
  Bagi graduan yang tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen, skrol dan transkrip tidak diposkan kepada mereka kecuali setelah membuat permohonan rasmi secara bertulis atau mengisi Borang Tuntutan Skrol (klik disini)dengan menyertakan salinan kad pengenalan dan resit bil bayaran konvokesyen dan alamat terbaru. Tiada apa-apa bayaran termasuk bayaran pos dikenakan. Harap maklum bahawa pihak kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan / kerosakan skrol dan transkrip yang dituntut melalui pos.
   
Soalan 4: Mengapa bakal graduan PERLU mengemaskini maklumat graduan?
Jawapan: Graduan dikehendaki mengemaskini maklumat peribadi mereka kerana maklumat tersebut akan dicetak pada skrol dan transkrip akademik. Selain dari itu, maklumat pelajar yang terkini akan digunakan sebagai sumber rujukan Alumni UiTM.
   
Soalan 5: Apakah dokumen yang perlu saya bawa semasa hari pendaftaran jubbah?
Jawapan: Bakal graduan perlu mengemukakan dokumen berikut:-
 

i. Borang jubah yang telah ditandatangani;
ii. Bil yuran konvokesyen yang telah dijelaskan di Bank Islam; dan
iii. Slip kajian pengesanan graduan

   

 

© 2015 Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah.