Setiap graduan akan diberi satu kad jemputan untuk dua (2) orang tetamu dan satu pelekat kenderaan bagi menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM.
- Kad jemputan tetamu dan pelekat kenderaan akan diberikan semasa pendaftaran pengambilan jubah.
- Para tetamu yang tidak membawa kad jemputan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
- Pelekat kenderaan hendaklah dilekatkan di cermin hadapan kenderaan yang membawa graduan.
- Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan sahaja akan dibenarkan masuk ke kawasan kampus UiTM.