Breadcrumbs

1. Bagi graduan yang hadir Istiadat Konvokesyen, anda boleh mendapatkan skrol dan transkrip sebaik sahaja jubah graduan dipulangkan kepada universiti.
   
TARIKH HARI TEMPAT MASA
23/10/2019 Rabu  Dewan Seri Jerai, UiTM Cawangan Kedah 11.00 pagi - 06.30 petang
   
2. Bagi graduan yang tidak hadir pada Istiadat Konvokesyen, anda dikehendaki membuat bayaran terlebih dahulu di Bank Islam Malaysia Berhad sahaja, pembayaran melalui pos tidak diterima. Selepas bayaran dibuat, graduan boleh menuntut skrol dan transkrip mengikut kampus masing-masing. 
   
3. Bagi graduan yang tidak berkesempatan mengambil skrol dan transkrip akademik atau tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen, ianya hendaklah dituntut dalam tempoh 90 hari selepas tarikh Istiadat Konvokesyen berlangsung. Sila kemukakan salinan bil bayaran yuran graduan apabila berurusan mendapatkan skrol dan transkrip akademik. 
   
4. Graduan boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil skrol dan transkrip dengan cara mengemukakan dokumen berikut:- 
 
  1. Surat wakil/kebenaran;
  2. Salinan MyKad graduan;
  3. Salinan MyKad wakil; dan
  4. Salinan resit bayaran.
   
5. Bagi graduan yang tidak menghadiri Istiadat Konvokesyen, skrol dan transkrip tidak diposkan kepada mereka kecuali setelah membuat permohonan rasmi secara bertulis atau mengisi Borang Tuntutan Skrol dengan menyertakan salinan kad pengenalan dan resit bil bayaran konvokesyen dan alamat terbaru. Tiada apa-apa bayaran termasuk bayaran pos dikenakan. Harap maklum bahawa pihak kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan/ kerosakan skrol dan transkrip yang dituntut melalui pos.

 

© 2015 Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah.