Breadcrumbs

1. Yuran konvokesyen dikenakan kepada semua graduan yang hadir atau tidak hadir Istiadat Konvokesyen UiTM.
   
2. Mesyuarat Jawatankuasa kewangan & Pembangunan, Pejabat Bandahari UiTM telah bersetuju meluluskan penyeragaman kadar yuran konvokesyen yang dikenakan kepada graduan yang hadir serta tidak hadir ke istiadat konvokesyen seperti berikut:-
 
# PERINGKAT PENGAJIAN KADAR
1 Ijazah Doktor Falsafah RM 230.00
2 Ijazah Sarjana RM 210.00
3 Ijazah Sarjana Muda / Profesional RM 175.00
4 Diploma / CAT RM 150.00
   
3. Yuran konvokesyen akan dipaparkan sebulan sebelum tarikh konvokesyen. Yuran konvokesyen hendaklah dibayar selewat-lewatnya seminggu (7 hari) sebelum tarikh pengambilan jubah.
   
4. Pembayaran yuran konvokesyen boleh dibuat melalui cara-cara berikut.
 
# KAEDAH BAYARAN
1 Melalui Automated Teller Machine (ATM) Bank Islam Malaysia Berhad
2 Melalui Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad
   
5. Cetak bil konvokesyen UiTM melalui pautan ini
   
6. Buat bayaran melalui kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau mesin ATM (Automated Teller Machine) BIMB.
   
7. Simpan resit bayaran dan bawa bersama sebagai bukti pembayaran semasa mengambil jubah.
   
8. Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan yuran konvokesyen, sila hubungi Bahagian Kewangan di talian 04–456 2068 atau 2069.
© 2015 Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah.