Breadcrumbs

Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menjalankan Kajian Pengesanan Graduan secara dalam talian (on-line) sejak tahun 2006 atas arahan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini bertujuan mengukur tahap 'employability' dan 'marketability' graduan selain mendapatkan pandangan/ persepsi graduan tentang keberkesanan dan kualiti program akademik dan sistem penyampaian di Universiti.
 
Oleh itu, semua graduan dimestikan mengisi Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) secara atas talian (on-line) di laman web http://graduan.mohe.gov.my/v/. Sistem akan dibuka sebulan sebelum tarikh konvokesyen. Graduan dikehendaki menyerahkan slip Kajian Pengesanan Graduan semasa mendaftar untuk mengambil jubah.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
# NAMA PEGAWAI NO. TELEFON EMEL
1 Pn. Shakirah Mohd Saad 04-4562077

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

2 Pn. Siti Natasha bt Mohd Yatim

04-4562093

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 
Maklumat yang jujur, ikhlas dan tepat amat dialu-alukan dan dihargai dalam memperbaiki sistem pendidikan di Universiti.
 
PENTING:
Sila pastikan anda telah mengisi soal selidik Kajian Pengesanan Graduan sebelum mengambil jubah. Sila bawa Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan semasa pendaftaran dan pinjaman jubah.
© 2015 Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah.