PSKK - Persatuan Sukan & Kebajikan Kakitangan

Pengenalan PSKK UiTM

Persatuan Sukan & kebajikan Kakitangan (PSKK) Universiti Teknologi MARA  dahulu dikenali sebagai Kelab Sukan Kakitangan (KSK). PSKK mula di tubuhkan secara rasminya di peringkat induk ITM Shah Alam  dan telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Cawangan Selangor (kini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan) pada 13 Jun 1992 ( No. Pendaftaran 5109/92 - SELANGOR) dan seterusnya peranan dan sumbangan PSKK dikembangkan diseluruh sistem UiTM.

PSKK membuka keahlian kepada semua kakitangan samada kakitangan akademik dan bukan akademik yang berminat secara sukarela. PSKK kini menjadi satu-satunya persatuan dan jawatankuasa yang mengendalikan kontinjen atau pasukan kakitangan menghadapi sebarang program sukan dan penganjuran program yang melibatkan kakitangan di kampus dan luar kampus UiTM. Peranan utama adalah sebagai penggerak dan penyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan staf universiti. Disamping itu bertujuan untuk membangunkan aktiviti-aktiviti kebajikan kakitangan  Universiti Teknologi MARA.

PSKK merupakan platform untuk menguruskan kerja-kerja amal bagi faedah ahli termasuk keluarga mereka  serta warga kampus terutama aktiviti berbentuk sosial seperti sukan & rekreasi,  kemasyarakatan dan sebagainya. Melalui program dan aktiviti sukan dan rekreasi yang dirancang, adalah menjadi sasaran PSKK untuk melibatkan seramai mungkin masyarakat kampus aktif di dalam kegiatan sukan dan rekreasi serta sebarang program yang dianjurkan oleh PSKK.

PSKK juga berperanan untuk meningkatkan imej universiti melalui pencapaian cemerlang dalam pelbagai aktiviti khususnya bidang sukan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kakitangan di semua  peringkat. PSKK sentiasa mengharapkan  sokongan dan bantuan  daripada semua pihak terutama pengurusan UiTM  bagi memastikan  kejayaan setiap program yang dilaksanakan  seterusnya menyumbang kepada  peningkatan produktiviti organisasi.

PSKK UiTM Cawangan Kedah

Persatuan Sukan & Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Cawangan Kedah telah begiat aktif selepas perlantikan Ahli Jawatankuasa yang baru awal tahun 2016. PSKK UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan program sukan yang melibatkan staf dan telah menyertai Kejohanan Sukan Staf (KARiSTA) yang julung kali diadakan pada tahun 2016. PSKK UiTM Cawangan Kedah akan memberi maklumat dan perkhidmatan terkini mengenai aktiviti dan aspek kebajikan PSKK. Unit Sukan UiTM Cawangan Kedah akan terlibat secara langsung dalam membantu PSKK UiTM Cawangan Kedah menganjurkan aktiviti dan program PSKK.

 

Senarai Nama Ahli Jawatankuasa PSKK Bagi Sesi 2021-2023

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Hj Abdul Majeed
Timbalan Pengerusi : Mohd Yazli Yahya
Setiausaha 1 : Puan Roseamilda Mansor
Setiausaha 2 : En Khairolnafiz Kahamaruddin
Bendahari 1 : Puan Aida Mustafa
Bendahari 2: En Muhd Zaidi Majid

PORTFOLIO:

SUKAN DAN REKREASI
En Asrol Hasan
En Abdul Manan B Moksin@Hussain
Cik Fahizan Azizan

REKABENTUK DAN MULTIMEDIA
Pn Khairul Wanis Binti Ahmad.
En Mohd Hamidi Adha B Mohd Amin
En Mohd Nazman B Kohlit

SOSIAL DAN KEBAJIKAN
En Mohd Fizal Bin Saad
En Muzammil B Mohd Mustaffa
En Mohd ‘Azmuddin B Ab Ghazi

TUGAS-TUGAS KHAS
En Mohd Azizi Bin Ahmad
En Mohd Zalani B Noh
En Mahadir B Omar
Pn Farah Merican Isahak Merican

PUBLISITI DAN TAJAAN
Pn Siti Aslina Sabri
Pn Siti Khairul Niza Bt Sukri
En Mohamad Hafis B Ramli

 

QUICK LINKS
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah,
Kampus Sungai Petani,
08400 Merbok,
Kedah Darulaman,
Malaysia.

Tel: +604-456 2000
Fax: +604-456 2223

General Inquiry: Corporate Communication Unit
Email: korporatkdh@uitm.edu.my