JITEN - Jawatankuasa Penilaian Projek Dan Teknikal ICT & Elektronik Negeri

 

Bidang kuasa dasar JITEN:

  1. Meluluskan permohonan perolehan UiTM Cawangan/ Kampus Negeri mengikut had nilai kelulusan di bawah skop bidang seperti berikut:
    a) ICT
    b) Alat Pandang Dengar
    c) Peralatan Elektronik Pejabat
    d) Peralatan Telekomunikasi

  2. Meluluskan permohonan perolehan UiTM Cawangan berdasarkan skop bidang mengikut had nilai perolehan iaitu sehingga RM500,000.

  3. Mencadangkan arah tuju dan strategik untuk perlaksanaan ICT dan elektronik UiTM Cawangan.

  4. Mengenalpasti dan mencadangkan sumber seperti kepakaran dan tenaga kerja yang diperlukan untuk melaksanakan arah tuju serta strategi ICT dan elektronik UiTM Cawangan.

  5. Menyelaras pelaksanaan program ICT dan elektronik UiTM Cawangan.

  6. Mengetuai dan memantau perkembangan program ICT dan elektronik UiTM Cawangan serta memahami keperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan.

  7. Membuat penilaian teknikal permohonan mengikut had nilai kelulusan di bawah skop bidang seperti berikut:
    a) ICT
    b) Alat Pandang Dengar
    c) Peralatan Elektronik Pejabat d) Peralatan Telekomunikasi

  8. Membuat penilaian teknikal permohonan mengikut skop bidang untuk had nilai kelulusan sehingga RM500,000 seperti berikut:
    a) Meluluskan spesifikasi
    b) Mengesyorkan analisa teknikal
    c) Mengesahkan ujilari

    d) Mengesyorkan pertukaran model
    e) Mengesyorkan penggantian peralatan yang hilang

  9. Menyediakan laporan kepada JPPIT mengikut keperluan.

 


Skop perolehan peralatan yang perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa ini:

 

Dokumen yang perlu diserahkan kepada Urusetia:

  1. Surat Permohonan kepada Pengerusi JITEN
  2. Borang permohonan JITEN (BI/UP/01) (Sila pastikan semua ruangan diisi dengan lengkap)
  3. Surat Kelulusan Peruntukan (untuk penyelidikan, dokumen yang menyatakan Vot berkaitan)
  4. Spesifikasi peralatan (Diisi di dalam template spesifikasi dalam format .doc terlebih dahulu bagi memudahkan semakan dan pembetulan. Sila hubungi Setiausaha di samb: 2103 untuk contoh spesifikasi.)
  5. Kajian pasaran atau sebutharga dari syarikat (Contoh dokumen kajian pasaran)
  6. Katalog peralatan (Contoh katalog peralatan)

 

--> Carta Alir Proses Permohonan Kelulusan Pembelian dan Pengesahan Spesifikasi JITEN