Syarat-Syarat Permohonan:
- Permohonan mestilah dimajukan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh program berlangsung.
- Permohonan oleh Bahagian/ Unit/ Fakulti hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing.
- Bagi pelajar, permohonan mestilah disertakan bersama surat kelulusan program.
- Bagi permohonan yang melibatkan banyak lokasi program, pemohon boleh menyediakan lampiran tambahan bersama borang permohonan.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi, hendaklah dihantar ke kaunter Pejabat Polis Bantuan.
- Pejabat Polis Bantuan berhak untuk tidak meluluskan permohonan yang lewat diterima atau tidak lengkap.