Pemakluman Keputusan Permohonan Pelajar Serta Pendaftaran Ke Kolej Kediaman Sesi Mac – Julai 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersama ini dilampirkan senarai nama pelajar yang telah memohon dan diberikan kelulusan memasuki kampus bagi Sesi Mac – Julai 2021. Pelajar adalah dinasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN dan UiTM.

Tarikh dan masa pendaftaran kolej adalah seperti berikut :

                Tarikh                    :               18 Mac 2021 (Khamis)

                Masa                     :               8.30 Pagi – 3.30 Petang

                Lokasi                    :               Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah

(Lokasi sebenar akan dimaklumkan oleh Unit Kolej, sila semak FB HEP UiTM Kedah pada 14 Mac 2021)

Semua pelajar diminta bersedia bagi urusan kemasukan ke dalam kampus dan memastikan keperluan kendiri anda mencukupi. Kerjasama pihak pelajar dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. 

 

GARIS PANDUAN PERGERAKAN MASUK PELAJAR KE KAMPUS BAGI TUJUAN PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN SESI MAC – JULAI 2021

 

  1. Membuat pengisytiharan kesihatan di laman web http://saringc19.uitm.edu.my 3 hari berturut sebelum tarikh pendaftaran kolej. Pelajar baharu perlu memastikan pendaftaran sebagai pelajar telah berjaya dilaksanakan. Ini supaya anda mempunyai akses kepada sistem saringan di atas. 
  1. Pelajar boleh diiringi waris dan satu kenderaan sahaja dibenarkan masuk ke dalam kampus. Pintu 2 digunakan  untuk pergerakan masuk dan Pintu Utama untuk pergerakan keluar. 
  1. Pengesahan saringan kesihatan akan dilaksanakan di Pintu 2 sebelum memasuki kampus. 
  1. Hanya pelajar sahaja yang perlu melalui pemeriksaan suhu di Pintu 2 
  1. Waris dan pelajar diharap dapat menggunakan laluan khas yang telah ditetapkan. 
  1. Waris dibenarkan “drop off” pelajar di lokasi yang telah ditetapkan dan pelajar boleh membawa turun barang-barang mereka. 
  1. Pelajar hadir di pejabat kolej yang berkenaan dengan mematuhi SOP. Pelajar perlu mengimbas kod QR Mysejahtera dan “check in” di kolej kediaman. 
  1. Pelajar baharu perlu mengemukakan surat tawaran dan pelajar lama perlu menunjukkan surat kebenaran kembali ke kampus yang boleh di perolehi melalui sistem saringC19. 
  1. Pelajar boleh mengambil barang masing-masing dan terus ke bilik kediaman. 
  1. Waris perlu meninggalkan kawasan kampus setelah proses penghantaran barang keperluan pelajar selesai.

  2. Pelajar akan menjalani proses isolasi dan diingatkan sentiasa mengimbas  “QR Code”, deklarasi harian dan “contact tracing” semasa berada di dalam kampus.

 

-> SENARAI NAMA PELAJAR YANG MEMOHON UNTUK MEMASUKI KAMPUS PADA SESI 20212 (MAC-JULAI 2021)

QUICK LINKS
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah,
Kampus Sungai Petani,
08400 Merbok,
Kedah Darul Aman,
Malaysia.

Tel: +604-456 2000
Fax: +604-456 2223

General Inquiry: Corporate Communication Unit
Email: korporatkdh@uitm.edu.my