WiFi UiTM

WiFi (SSID: UiTM WiFi Student) di sekitar kolej kediaman sedang dinaiktaraf. Bagi mengatasi masalah capaian, mohon pelajar mendapatkan capaian di sekitar Bangunan Pentadbiran, Bangunan Akademik 1,2, dan 3, serta Blok Kabin.

Sila layari https://wifi.uitm.edu.my/wifi/coverage.html untuk menyemak kawasan liputan.

Bagi masalah capaian mobile data (Maxis, Digi, Celcom dan lain-lain), mohon layari https://jendela.my untuk membuat semakan dan laporan. Laporan akan diselia oleh pihak pembekal telekomunikasi dan SKMM.

Pelajar perlu keluar daripada bilik dan kawasan kolej serta hindari kawasan tumpuan ramai bagi mendapatkan capaian WiFi dan mobile data dengan baik. Mohon maaf atas kesulitan.
 
Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Kedah
QUICK LINKS
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah,
Kampus Sungai Petani,
08400 Merbok,
Kedah Darulaman,
Malaysia.

Tel: +604-456 2000
Fax: +604-456 2223

General Inquiry: Corporate Communication Unit
Email: korporatkdh@uitm.edu.my