Informasi Kolej Kediaman

SENARAI KOLEJ KEDIAMAN

BIL NAMA KOLEJ PENEMPATAN BILANGAN BILIK KAPASITI PELAJAR
1. Kolej Malinja Pelajar Lelaki 196 1072
2. Kolej Mahsuri Pelajar Perempuan 376 1080
3. Kolej Masria Pelajar Perempuan 376 1080
4. Kolej Murni Pelajar Perempuan 320 996
5. Kolej Rumah Taman Universiti Pelajar Lelaki & Perempuan 168 420

KRITERIA PENEMPATAN KOLEJ

Pada dasarnya asas pemberian kemudahan kolej kediaman adalah mengikut keutamaan seperti berikut :

1. Pelajar siswi : Program diploma - semester 1 hingga 6

2. Pelajar siswa : Program Diploma - semester 1 hingga 6

3. Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) (siswa/ siswi)

4. Badan Beruniform (siswa/ siswi)

5. Sukan (siswa/siswi) - Sepanjang tempoh mewakili negara dan diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan

6. Kemudahan makanan (Pelajar Pra-Diploma, Pelajar Diploma)

Pelajar bukan residen (NR) boleh memohon kemudahan kolej dan akan dipertimbangkan berdasarkan kekosongan kolej.


FAQ KOLEJ KEDIAMAN

Soalan 1:
Apakah kriteria yang digunapakai bagi melayakkan seseorang pelajar itu tinggal di asrama memandangkan ramai pelajar yang tinggal di luar kampus?

Jawapan 1:
Kriteria yang digunapakai bagi melayakkan seseorang pelajar tingal di asrama adalah tidak melebihi 6 semester bagi pelajar diploma, tidak dikenakan tindakan tatatertib dan tidak melebihi tempoh pengajian yang ditetapkan. Bagaimanapun, pelajar yang tidak memenuhi kriteria tersebut boleh membuat rayuan untuk mendapatkan asrama mengikut kekosongan yang ada. Bagi pelajar Ijazah boleh merayu jika ada kekosongan dan akan dikenakan bayaran jika diberi kemudahan penginapan. Pelajar dalam kategori miskin juga dipertimbangkan untuk diberi kemudahan kolej kediaman.
Soalan 2
Adakah perkhidmatan bas disediakan bagi pelajar-pelajar yang menginap di luar kampus?

Jawapan 2
Perkhidmatan bas ulang-alik sememangnya disediakan kepada pelajar mengikut jadual-jadual yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, laluan-laluan bas ini mengikut lingkaran laluan utama yang telah ditetapkan sahaja.
Soalan 3
Adakah pelajar dibenarkan membawa kenderaan ke dalam kampus?

Jawapan 3

Pelajar yang tinggal di kolej kediaman tidak dibenarkan membawa kenderaan ke dalam kampus/ kolej kediaman. Ini disebabkan oleh beberapa perkara yang harus difahami. Walaubagimanapun, pelajar yang tinggal di luar (pelajar NR) adalah dibenarkan membawa kenderaan ketika hadir ke kuliah. Kebenaran terlebih dahulu perlu diperolehi dari Unit Pengurusan NR dan mandapatkan pelekat kenderaan di Bahagian Keselamatan UiTM.
Soalan 4
Adakah pelajar yang pernah mengikuti Minggu Destini Siswa (MDS) perlu mengikutinya jika melanjutkan pengajian semula?

Jawapan 4
Semua pelajar baru samada di peringkat Ijazah ataupun Diploma adalah diwajibkan mengikuti Minggu Destini Siswa (MDS) walaupun pernah mengikutinya sebelum ini. Ini kerana, semasa MDS dijalankan, terdapat satu sesi khas bersama fakulti yang akan memberi penerangan lanjut mengenai program yang diambil. Namun pelajar yang inginkan pengecualian mengikuti MDS perlu mengemukakan surat permohonan pengecualian kepada Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni).
Soalan 5
Apakah penempatan pelajar-pelajar baru di blok-blok asrama sekarang ini berstatus tetap atau sementara?

Jawapan 5

Blok dan bilik asrama yang menempatkan pelajar baru adalah berstatus tetap dan semua pelajar akan diberi kemudahan penginapan asrama.
Soalan 6
Sebagai pelajar baru, bolehkan anak saya membawa kenderaan sndiri?

Jawapan 6

Sekiranya pelajar menginap di kolej kediaman, anak tuan/ puan tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan bermotor ke dalam UiTM sehingga semester 4. Bagaimanapun, jika pelajar tidak menginap di kolej kediaman (Non-Resident), mereka dibenarkan untuk membawa kenderaan sendiri ke UiTM dengan mematuhi syarat-syarat penggunaan kenderaan individu yang ditetapkan.
Soalan 7
Bagaimana dengan keselamatan pelajar yang tinggal di dalam dan luar kampus?

Jawapan 7

Apabila pelajar berada di dalam kampus, keselamatan pelajar dan staf akan dipantau setiap masa oleh Bahagian Keselamatan UiTM. Namun bagi pelajar yang tinggal di luar kampus, keselamatan semasa di jalan raya dan di tempat tinggal/ rumah sewa adalah tanggungjawab pelajar sendiri kerana ia berada di luar bidang kuasa Bahagian Keselamatan UiTM untuk memantaunya. Bagaimanapun, ini tidak bermakna pihak keselamatan UiTM melepaskan tanggungjawap begitu sahaja. Ini kerana apabila pelajar memasuki kawasan kampus, mereka perlu mengikut peraturan dan sahsiah rupa diri yang ditetapkan oleh pihak UiTM.
 
QUICK LINKS
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah,
Kampus Sungai Petani,
08400 Merbok,
Kedah Darulaman,
Malaysia.

Tel: +604-456 2000
Fax: +604-456 2223

General Inquiry: Corporate Communication Unit
Email: korporatkdh@uitm.edu.my