Pelan Tindakan Kecemasan ini merupakan panduan umum kepada kakitangan dan pelajar UiTM Cawangan Kedah tentang cara-cara menyelamatkan diri iaitu dengan mengosongkan bangunan jika berlaku sebarang insiden kecemasan.
Insiden Kecemasan yang dimaksudkan termasuklah ancaman kebakaran, gempa bumi dan sebagainya yang mana memerlukan penghuni sesebuah bangunan mengosongkannya secepat mungkin untuk mengelakkan dari risiko kemalangan yang lebih serius.
Disertakan juga Pelan Kecemasan (Tempat Berkumpul) untuk panduan semua warga UiTM Cawangan Kedah sekiranya berlaku sebarang insiden kecemasan yang tidak dijangka. Semua kakitangan dan pelajar diminta untuk berkumpul ditempat-tempat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kebakaran.