Panduan Penggunaan Microsoft Office 365

Dimaklumkan bahawa melalui langganan Microsoft Office 365 yang disediakan oleh pihak KPT, semua staf UiTM telah diberikan satu akaun Office 365. Username dan password telah dihantar kepada staf melalui emel rasmi UiTM.

Setiap staf diperuntukkan ruang storan sebanyak 5 TB di Cloud Office 365. Walaubagaimanapun dokumen terperingkat dan sulit tidak dibenarkan disimpan di dalam Cloud Office 365 buat masa ini.

Sekiranya menghadapi masalah login atau masih belum menerima emel tersebut mohon ajukan melalui link berikut https://units.uitm.edu.my dengan memilih Kategori Aduan : Emel Staf dan Jenis Kategori Aduan : 'Akaun Baru Microsoft 365'.

Juga boleh berhubung dengan bantuan teknikal di 03 5544 2203 / 03 5544 2199.

Untuk menggunakan perkhidmatan Office 365, staf perlu login di laman web https://login.microsoftonline.com/

Disertakan manual pengguna untuk rujukan.