1. |
Apakah kemudahan ICT – komputer yang disediakan kepada staf UiTM? |
|
i. Komputer sewaan – untuk kakitangan pelaksana pentadbiran ii. Komputer riba/tablet geran – untuk kakitangan Pengurusan dan Profesional – pentadbiran dan akademik |
2. |
Bagaimana cara untuk memohon kemudahan ICT ini? |
|
i. Komputer sewaan – melalui Ketua Bahagian/Unit kepada Bahagian Infostruktur ii. Komputer riba/tablet geran – melalui sistem UNITS https://units.uitm.edu.my SSO – grant |
3. |
Adakah disediakan peralatan ICT untuk pinjaman? |
|
Ya, terdapat beberapa peralatan ICT dan APD yang boleh dipinjam untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan juga untuk program-program kampus. Sila berhubung dengan Bahagian Infostruktur untuk melihat ketersediaan peralatan yang ingin dipinjam. |
4. |
Bagaimana cara untuk membuat pinjaman peralatan ICT? |
|
Pemohon perlu mengisi Borang Pinjaman Peralatan/ Perisian ICT (BI/UOI/08) yang boleh diperolehi di Pejabat Am Bahagian Infostruktur. |
5. |
Kemudahan perisian standard yang perlu ada di dalam komputer yang digunakan dalam persekitaran rangkaian UiTM |
|
i. Komputer sewaan – Microsoft Windows (Sistem Operasi) Windows 10 atau 11, Microsoft Office dan perisian antivirus . Perisian lain perlu dimohon melalui sistem e Aduan ICT https://units.uitm.edu.my/aduan_add.cfm ii. Komputer riba geran – Microsoft Windows (Sistem Operasi) (diinstall oleh syarikat penjual) - WIndows 10 atau 11, , Microsoft Office 365 (diinstall oleh syarikat penjual atau Bahagian Infostruktur), dan perisian antivirus (diinstall oleh Bahagian Infostruktur). Perisian berlesen UITM yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran boleh dimohon melalui https://units.uitm.edu.my/aduan_add.cfm |
6. |
Bagaimana cara untuk mengakses sistem rangkaian komputer UiTM? |
|
i. Secara berwayar – menggunakan kabel UTP sistem rangkaian komputer (UTP cable) ii. Secara tidak berwayar – menggunakan Access Point melalui SSID UiTM WIFI STAF |
7. |
Bagaimana menyambungkan komputer/komputer riba dengan rangkaian UiTM secara berwayar? |
|
Komputer – menggunakan port sistem rangkaian (Ethernet RJ45) pada komputer Komputer riba – menggunakan port sistem rangkaian (Ethernet RJ45) jika tiada port ini perlu menyediakan peralatan USB Network Adapter (jenis USB bergantung kepada port USB komputer riba tersebut) untuk menyambungkan kabel UTP dengan komputer riba |
8. |
Bagaimana memastikan sistem rangkaian tanpa wayar dapat diakses oleh komputer riba? |
|
Pastikan pengguna menyambung wifi menggunakan SSID yang betul dan memastikan wifi pada komputer riba dalam status “Connected”. |
9. |
Bagaimana mengaktifkan akaun sistem rangkaian tanpa wayar UiTM untuk staf |
|
Mengaktifkan melalui https://wifi.uitm.edu.my/activation/. Klik pada pautan Activate Your Wifi Id |
10. |
Bagaimana mengaktifkan akaun sistem rangkaian tanpa wayar UiTM untuk pelajar |
|
Pelajar perlu menggunakan akaun student portal untuk akses ke sistem rangkaian tanpa wayar UiTM |
11. |
Apakah SSID yang terdapat dalam persekitaran rangkaian UiTM ? |
|
1.UiTM WIFI STAF - Staf UiTM 2.UiTM WIFI STUDENT - Pelajar UiTM 3.UiTM WIFI IOT - Peralatan Elektronik 4.EDUROAM - Pengguna universiti luar |
12. |
Berapakan peranti yang boleh disambungkan secara serentak dalam persekitaran rangkaian tanpa wayar ? |
|
Tiada had peranti |
13. |
Bagaimana menyambungkan komputer riba dengan projektor di bilik kuliah ? |
|
1. Hidupkan semua suis pada panel di dinding bilik kuliah. 2. Sambungkan cable HDMI pada komputer riba dan pastikan paparan pada skrin dan monitor sama. 3. Jika paparan pada skrin dan monitor tidak sama, tekan pada papan kekunci pada komputer riba ( WINDOW +P) dan pilih DUPLICATE . |
14. |
Apakah yang perlu dilakukan jika sambungan komputer riba tidak dapat memaparkan visual di projektor ? |
|
1. Pastikan sambungan cable HDMI kepada komputer riba dalam keadaan betul dan rapat. 2. Tekan pada papan kekunci pada komputer riba (WINDOW + P) dan pilih DUPLICATE. |
15. |
Apakah langkah yang perlu dilakukan jika projektor tidak berfungsi di bilik kuliah? |
|
1. Membuat aduan dalam sistem Aduan ICT di lamam web https://units.uitm.edu.my/ 2. Hubungi di talian unit operasi ICT 04-4562604, 04-4562109 , 04-4562107 dan 04-4562102 |
16. |
Apakah perisian ODL yang boleh digunakan oleh kakitangan akademik |
|
Microsoft Teams, Google Classroom dan CISCO Webex (perlu dimohon di UNITS). |
17. |
Apakah kemudahan emel untuk kegunaan staf |
|
Setiap kakitangan dibekalkan dengan emel 1. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (menggunakan platform Google, berkapasiti 30GB) 2. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (menggunakan platform Microsoft Office 365 dibekalkan dengan One Drive berkapasiti 5 TB) |
18. |
Bagaimana untuk mengajukan aduan berkaitan peralatan dan perisian ICT ? |
|
Dengan mengemukakan Aduan ICT di https://units.uitm.edu.my . Aduan dikemukakan mengikut Category* - operasi |
19. |
Bagaimana untuk membuat permohonan akaun Adobe untuk staf? |
|
Melalui laman sesawang https://bsu.uitm.edu.my/ mohon untuk individu. |
20. |
Bagaimanakah proses permohonan untuk pembangunan sistem aplikasi? |
|
Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pembangunan Sistem/ Aplikasi Data (BI/USM/01). Bahagian Infostruktur akan membuat semakan senarai inventori sistem/ aplikasi dengan pihak Jabatan Infostruktur terlebih dahulu. Sekiranya, I. terdapat sistem yang sama atau seakan sama seperti yang dimohon, perbincangan dengan pihak pemunya sistem akan dibuat bagi melihat ketersediaan sistem tersebut untuk digunakan; atau II. tidak terdapat sistem yang seperti yang dimohon, pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Kelulusan Pembangunan Sistem Dan Aplikasi (Borang JKSAU 001/2021) untuk dimajukan permohonan ke Jawatankuasa Sistem dan Aplikasi Universiti (JKSAU). |
21. |
Bagaimanakah proses permohonan untuk penambahbaikan sistem aplikasi sedia ada? |
|
Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pembangunan Sistem/ Aplikasi Data (BI/USM/01). Perbincangan antara pemohon dan Bahagian Infostruktur akan dibuat bagi melihat dengan lebih lanjut tentang permohonan tersebut. |
22. |
Bagaimanakah proses permohonan JITEN? |
|
Pemohon perlu menghantar dokumen yang diperlukan dan akan dijemput ke mesyuarat bagi membentangkan permohonan. Setelah surat kelulusan diperolehi, pemohon perlu membuat perolehan menggunakan Sistem eProcurement Plus.
Berikut adalah dokumen yang perlu diserahkan kepada Urusetia: 1. Surat Permohonan kepada Pengerusi JITEN 2. Borang permohonan JITEN (BI/UP/01) 3. Spesifikasi peralatan dalam format .docx 4. Kajian pasaran atau sebutharga dari syarikat 5. Katalog peralatan |
22. |
Apakah peralatan yang perlu dimohon melalui JITEN? |
|
Senarai peralatan boleh dirujuk dilaman sesawang rasmi UiTM Cawangan Kedah di pautan berikut: |