Gabungkan kemahiran inovasi dan kreativiti dalam Pertandingan Reka Cipta Barang Kitar Semula. Tukar bahan kitar semula menjadi karya luar biasa.
Jom daftar sekarang!! Pendaftaran adalah PERCUMA
Tarikh tutup penyertaan: 20 Disember 2024 (Jumaat)
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
- Pertandingan adalah terbuka kepada pelajar UiTM Cawangan Kedah dan pelajar sekolah menengah dan rendah di Negeri Kedah.
- Pertandingan adalah secara individu atau berkumpulan dengan bilangan ahli tidak melebihi 3 orang (Termasuk Ketua Kumpulan). Penyertaan pertandingan adalah terhad kepada 80 penyertaan sahaja.
- Peserta perlu menghantar abstrak yang mengandungi pengenalan kepada produk dihasilkan, kegunaan produk, bahan digunakan dan lakaran atau gambar produk yang dihasilkan melalui pautan yang disediakan oleh pihak penganjur sebelum hari
- Peserta WAJIB menghasilkan produk menggunakan 90% barang yang telah digunapakai atau barang kitar semula seperti botol plastik, bahan aluminium, sudu/ garu plastik, kotak, kertas, poliestrin dan lain-lain bahan kitar semula manakala baki 10% adalah aksesori
- Tema adalah berkonsepkan “From Scraps to Success Innovation”
- Rekaan perlu disiapkan sebelum hari pertandingan. Peserta akan membentangkan produk yang dihasilkan kepada panel juri semasa hari pertandingan pada 2 Januari 2025 (Khamis) di UiTM Cawangan Kedah.
- Peserta perlu berada di lokasi pertandingan lebih awal untuk membuat persiapan sebelum penjurian bermula jam 9.00 pagi.
- Segala kos berkaitan pertandingan ini adalah ditanggung peserta.
- Penyertaan akan dinilai berdasarkan:
- Penggunaan bahan yang boleh dikitar
- Kreativiti dan inovasi
- Fungsi dan praktikaliti
- Estetika dan rekabentuk
- Nilai komersial
- Persembahan
- Keputusan juri adalah muktamad dan penganjur berhak meminda mana-mana syarat- syarat peraturan dari semasa ke semasa. Sebarang bentuk bantahan tidak akan
TARIKH-TARIKH PENTING!
PERKARA |
TARIKH |
Tarikh Mula Pendaftaran pertandingan Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan >> Borang Pendaftaran Pertandingan Reka Cipta Barangan Kitar Semula *Sila skip advertisement untuk mengisi borang pendaftaran. |
5 Disember 2024 |
Tarikh Akhir Pendaftaran Pertandingan |
20 Disember 2024 |
Tarikh Penghantaran Abstrak Sila muat turun template abstrak di sini >> Template Abstrak Pertandingan Reka Cipta Barangan Kitar Semula Penghantaran abstrak boleh dibuat melalui pautan >> Penghantaran Abstrak Pertandingan Reka Cipta Barangan Kitar Semula |
5 – 26 Disember 2024 |
Penjurian |
2 Januari 2025 |
Penyampaian Anugerah |
2 Januari 2025 |
HADIAH MENARIK MENANTI PARA PESERTA!
Johan: Wang Tunai RM100 dan sijil
Naib Johan: Wang Tunai RM75 dan sijil
Ketiga: Wang Tunai RM50 dan sijil
Saguhati: Hamper dan sijil
*Semua peserta akan menerima sijil penyertaan.
*Sarapan disediakan.
*E-merit diberikan kepada pelajar UiTM.
Sebarang pertanyaan berhubung pertandingan ini, sila hubungi 017-570 8056 (Wani) atau 019-834 3640 (Ain)