Pengambilan Kad Prihatin Siswa

Siswa/i UiTM,

Saudara/i boleh menyemak jenis reka bentuk Kad Prihatin Siswa yang dipaparkan di dalam sistem/aplikasi My Student (mystudent.uitm.edu.my) pada menu Kad Digital (seperti tangkap layar di atas👆) bagi penentuan kewujudan akaun simpanan I-Pro yang telah disediakan oleh pihak bank RHB.

 

Saudara/i yang TELAH dibukakan akaun simpanan I-Pro RHB akan mempunyai reka bentuk kad Prihatin Siswa yang MEMPUNYAI gambar cip elektronik manakala yang TIDAK MEMPUNYAI gambar cip elektronik adalah dikategorikan belum mempunyai akaun tersebut.

 

Senario di bawah adalah menunjukkan paparan reka bentuk Kad Prihatin Siswa yang TIDAK mempunyai gambar cip eletronik :

 

 

i. Proses pembukaan akaun simpanan I-Pro RHB masih di dalam tindakan oleh pihak bank.

Nota: Pelajar UiTM yang telah BERJAYA dibukakan akaun simpanan I-Pro RHB akan mendapat sms/emel yang berkaitan daripada pihak bank RHB.

 

ii. Aktiviti consent pembukaan akaun Simpanan I-Pro RHB BELUM/TIDAK PERNAH dibuat oleh pelajar UiTM dan aktiviti consent ini boleh dibuat melalui menu Kad Prihatin di aplikasi/sistem My Student (mystudent.uitm.edu.my).

Nota: Pelajar UiTM khususnya di bawah kategori pinjaman PTPTN perlu membuka akaun ini dengan kadar segera kerana saluran bayaran PTPTN akan hanya dibuat melalui akaun simpanan I-Pro RHB mulai September/Oktober 2023.

 

Ketua
Bahagian Operasi ICT
Jabtan Infostruktur

QUICK LINKS
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah,
Kampus Sungai Petani,
08400 Merbok,
Kedah Darulaman,
Malaysia.

Tel: +604-456 2000
Fax: +604-456 2223

General Inquiry: Corporate Communication Unit
Email: korporatkdh@uitm.edu.my