Permohonan Penggunaan Dewan Perdana & Kemudahan Sukan

Untuk makluman semua warga UiTM Cawangan Kedah, selari dengan keperluan penjimatan utiliti serta penggunaan secara berhemah harta benda UiTM, mulai 12/09/2019 tempahan penggunaan Dewan Perdana serta semua kemudahan sukan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Pejabat Rektor.

 

Prosedur tempahan adalah seperti berikut:

Langkah 1 - Pengguna dapatkan kelulusan program/majlis/aktiviti
Langkah 2 - Pengguna mohon surat kebenaran menggunakan Dewan Perdana dari Pejabat Rektor
Langkah 3 - Bawa surat yang telah diluluskan ke Bahagian Pengurusan Fasiliti dan kepilkan bersama Borang Tempahan Majlis

Untuk penggunaan Skrin LED Dewan Perdana

  1. Bawa surat yang telah diluluskan ke Bahagian Infostruktur. 
  2. Mengisi Aduan ICT - Kategori - Operasi , Sub Kategori - Pengurusan Acara - Nyatakan tarikh, masa program. Kepilkan aturcara program dan surat kelulusan program di attachment.
  3. Permohonan perlu dibuat minimum 3 hari sebelum program berjalan.