Programme Offered -Foundation

Penubuhan program MDAB ini adalah bertujuan untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera di bandar dan luar bandar yang berpendapatan (gaji kasar) ibu dan bapa kurang dari RM 4,000 SEBULAN. Selain itu, peluang itu turut dibuka kepada lepasan pelajar tahfiz yang tidak berpeluang memasuki universiti lain untuk menyambung pengajian dalam bidang yang diminati dibawah Akademi Pengajian Islam Kontemporari yang menawarkan empat bidang pengajian di peringkat sarjana muda. Jika anda terpilih, anda akan melanjutkan pengajian dalam program Pra perdagangan iaitu selama 1 semester dan pra diploma sains 2 semester. Tamat pengajian, pelajar yang mendapat keputusan yang baik berpeluang untuk diserap terus ke semester kedua, program diploma sepenuh masa di UiTM. Menariknya lagi, pengajian ini ditanggung sepenuhnya iaitu PERCUMA. Yuran pengajian, penginapan dan elaun sara hidup ditanggung sepenuhnya sehingga tamat pengajian.

NO PROGRAM NAME CODE
1. Pre-Commerce (MDAB) BA002/ BA003

 

Link to the Official Portal of the Program Pra Pendidikan Tinggi, UiTM Malaysia