(NEW) Merujuk PEKELILING NAIB CANSELOR BILANGAN 24 TAHUN 2020: PEKELILING ARAHAN PENANGGUHAN PENDAFTARAN SECARA FIZIKAL/ BERSEMUKA SERTA KEMASUKAN SEMUA PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) BAGI SESI OKTOBER 2020. Proses cetakan kad akan ditangguh pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Bagi proses memuatnaik gambar pelajar semester 1 2020 di Student Portal akan dibuka semula bermula 8 Oktober 2020 . Mohon semua pelajar memuatnaik gambar mengikut format gambar yang telah ditetapkan. 

Proses Kad Pelajar/ Staf telah boleh dijalankan.

Pelajar Semester 2 mohon walk in ke Bahagian Infostruktur .

Sila hubungi talian 04-4562113 untuk membuat temujanji bagi membuat kad pelajar/ staf.

Sila patuhi SOP sepanjang proses penyediaan kad pelajar/ staf.

 

Pelajar/staf yang kehilangan kad:

1. Buat laporan kehilangan kad pelajar di Pejabat Polis Bantuan (untuk pelajar sahaja);

2. Buat pembayaran sebanyak RM50.00 di Pejabat Bendahari. (Sila pastikan anda diberikan resit pembayaran);

3. Bawa Laporan Kehilangan Kad Pelajar serta Resit Pembayaran dan serahkan kepada staf di Bahagian Infostruktur untuk cetakan kad pelajar yang baru  (untuk pelajar sahaja).

 

Pelajar/ staf yang kerosakan kad:

1. Buat pembayaran sebanyak RM50.00 di Pejabat Bendahari. (Sila pastikan anda diberikan resit pembayaran);

3. Bawa Resit Pembayaran dan serahkan kepada staf di Bahagian Infostruktur untuk cetakan kad yang baru.



Mohon maklum bahawa waktu operasi untuk penyediaan kad pelajar/ staf adalah seperti berikut:

  Ahad-Rabu  :  8.30 pagi - 10.30 pagi            Khamis  :  8.30 pagi - 10.30 pagi
      11.30 pagi - 01.00 petang       11.30 pagi - 01.00 petang
      2.30 petang - 5.00 petang       2.30 petang - 3.30 petang

 

Harap maklum. Terima kasih.

 

Bahagian Infostruktur,
UiTM Cawangan Kedah.
No Tel: 04-4562103
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.