Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam UiTM Dihatiku.. Salam UiTM Kedah: Permata Lembah Bujang 

Bertemu lagi di ruangan Nota Rektor Bil. 2/2019. Selamat meneruskan semester baharu untuk semua kakitangan akademik dan semoga terus cemerlang mendidik anak bangsa kita. 

Berikut adalah beberapa maklumat penting untuk pengetahuan semua warga kampus: 

Pembangunan Program Akademik

  1. Double Degree Mualamat & Kaunseling sudah dihantar ke Jabatan Pengajian Tinggi. 
  2. Dual PhD Financial Criminology menunguu untuk dibentang di Senat yang akan datang.
  3. Program BA232 Bachelor of Office System Management telah diluluskan oleh JAf dan menunggu dibawa ke Senat.
  4.  Prof. Madya Dr Noor Zahirah sedang membangunkan Program Dual Mater Business Analytic sebagai satu kaedah untuk meningkatkan jumlah pelajar pasca. Program ini juga dicanagngkan untuk ditawarkan secara offshore kepada Universty of Matarram, Lombok, Indonesia.

Outbound Pelajar

  1. Seorang pelajar iaitu Noor Afzan Abdul Wahab pelajar BBA(International Business) sedang menjalani latihan industry di Binus University, Jakarta.

Performance Index (PI)

PI bagi tahun 2019 telah ditetapkan. Dari semasa ke semasa pihak Pengurusan dan juga Dr Mahathir Ismail, Ketua Unit Perancangan Strategik akan memberi pemakluman berkaitan dengan pelaporan yang diperlukan terutama dari Ketua Bahagian/Unit. Mohon agar kita sama-sama daoat memastikan pencapaian PI untuk 2019 naik kepada sekurang-kurangnya 80%.

Batik Merbok

Alhamdulillah, BM terus memaju kecemerlangan di awal tahun 2019 dengan mendapat perhatian dari pembesar-pembesar Negeri Kedah. Semoga situasi ini akan memberi lonjakan kepada BM untuk terus cemerlang. Dengan perhatian yang diberikan oleh Istana Kedah serta Pembesar Negeri, ianya merupakan sebahagian dari promosi yang diperlukan oleh BM untuk sasaran pasaran “high-end” yang diperlukan untuk terus berkembang.

CEO Talk

YBhg Tan Sri Mokhzani Mahathir telah bersetuju untuk program CEO Talk yang bakal berlangsung selewat-lewatnya pada April 2019.

Keusahawanan

Mesyuarat JKE telah meluluskan cadangan menaiktaraf Dataran MASMED. Ianya akan mengambil sedikit masa. In Sha Allah, pihak MASMED akan meneruskan agenda keusahawanan pelajar di situ.

UiTM Cawangan Kedah juga akan menjadi Kampus pertama yang akan memulakan projek Kiosk Nescafe.

Usaha-uasa sedang dijalankan untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang sememangnya terlibat dengan keusahawanan bagi tujuan dibantu agar terus berjaya. Beberapa pelajar telah dikenalpasti yang terlibat keusahawanan seperti aiskrim gebu dan bahan pencegah jentik-jentik.

MoU / MoA

Tahun 2019 bakal menyaksikan beberapa lagi MoU / MoA yang bakal berlansung dan akan memberi manafaat kepada UiTM Cawangan Kedah. Di antara MoU / MoA yang telah dimeterai adalah dengan Suan Sunandha Rajabhat University (baru sahaja berlangsung), University of Matarram serta dengan pihak industry iaitu dengan Simply Umrah, Kuala Lumpur.

Kertas Kerja ke Majlis Eksekutif Universiti (MEU)

Sehingga kini terdapat 3 kertas kerja yang akan dihantar ke MEU iaitu (1) Kertas Kerja Permohonan Menjadikan Batik Merbok sebagai SBU, UiTM Cawangan Kedah, (2) Kertas Kerja Membangunkan Kawasan Ladang Getah Sebagai Pusat Rekreasi dan (3) Kertas Kerja Membangunkan Kawasan Ladang Getah Sebagai Pusat Kemudahan Komuniti (stesen minyak, pusat mencuci kenderaan, parkir, deretan kedai, dsb).

Cadangan Pembesaran Pusat Islam

Mesyuarat JKE pada 26hb Februari telahbersetuju dengan cadangan Unit Hal Ehwal Islam (HEI), UiTM Cawangan Kedah untuk memulakan projek pembesaran Pusat Islam dengan berusaha untuk mengumpul dana secara sumbangan individu dan organisasi. In Sha Allah, maklumat berkaitan akan dihebahkan dalam masa terdekat.

Tambahan Kenderaan

Pihak pengurusan telah meluluskan perolehan (pengantian) seunit van Nissan (14 penumpang). Jika tiada aral, van tersebut akan diperolehi pada bulan Mac nanti. Di samping itu juga, kampus telah memohon untuk mendapatkan sebuah van Nissan terpakai dari Shah Alam.

Masalah Burung Merpati

Alhamdulillah, sebahagian masalah yang berkaitan burung Merpati dapat diatasi kecuali di beberapa lokasi bangunan-bangunan pentadbiran. Saya telah meminta usaha-usaha ini diteruskan.

Rumah Kucing

Semasa Mesyuarat JKE baru-baru ini adalah dicadangkan Kampus, mengadakan rumah kucing dengan usaha menempatkan semua kucing tanpa tuan di dalam Kampus di rumah kucing tersebut dan dari masa ke semasa sesiapa sahaja boleh mengambil kucing-kucing tersebut untuk dipelihara di rumah. Ianya dapat menyelesaikan masalah najis kucing, kucing bersalin di blok akademik serta kejadian kucing mati dan berbau busuk di kawasan perjabat. Sesiapa yang berminat untuk memulakan projek ini boleh berjumpa terus dengan saya. 

 

Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga  tahun 2019 akan menjanjikan peluang dan rezeki yang lebih cemerlang buat kita semua. Inshaa Allah :) 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam UiTM Dihatiku.. Salam UiTM Kedah: Permata Lembah Bujang 

Bertemu lagi di ruangan Nota Rektor Bil. 1/2019. Saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas kerjasama serta bantuan semua sehingga Peperiksaan Akhir Semester September 2018 – Januari 2019 telah berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah. 

Tahniah juga kita ucapkan kepada rakan-rakan kita yang sedang berjuang membawa bendera UiTM Cawangan Kedah di Karnival Sukan Staf (KARiSTA) 2019 yang sedang berlangsung di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Semoga kejayaan mengiringi Kontinjen UiTM Cawangan Kedah.

Berikut adalah beberapa maklumat penting untuk pengetahuan semua warga kampus: 

Batik Merbok - Good Design Award

Batik Merbok sedang berusaha mendapatkan Good Design Award untuk  kategori Pembungkusan dan Cenderahati. Bagi memenuhi kriteria tersebut Batik Merbok telah menghasilkan beberapa jenis rekaan pembungkusan bagi produk-produk fabrik dan cenderahati Batik Merbok dibawah seliaan dan konsep rekaan oleh Encik Zaidi Yusoff serta pelajar SKP Batik Merbok.  Perbincangan awal telah berlangsung di Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) dan pihak MRM telah menerima konsep rekaan oleh Jawatankuasa Batik Merbok dengan sedikit perubahan. Bagi cenderahati pula, MRM telah memperkenalkan Batik Merbok dengan salah satu syarikat Bumiputera bagi jalinan kerjasama untuk menghasilkan cenderahati dan masih perbincangan awal bagi menjaga identiti rekacorak dan motif yang dimiliki oleh Batik Merbok. In Sha Allah dengan usaha gigih, masa depan Batik Merbok akan terus cemerlang. 

Mengadap DYTM Raja Puan Muda Kedah

Batik Merbok telah diterima mengadap DYTM Raja Puan Muda Kedah pada 3 Februari 2019 akan datang. Ini adalah salah satu usaha Batik Merbok dalam mengetengahkan pakaian tradisi Kedah bermotifkan Batik Merbok. Antara agenda yang akan dibincangkan dalam sesi mengadap DYTM Raja Puan Muda tersebut adalah (a) memaklumkan kewujudan Batik Merbok di UiTM Cawangan Kedah sebagai satu Pusat Rekaan Batik beridentitikan Negeri Kedah yg bernaung dibawah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Kedah bagi menjaga identiti serta keaslian rekacorak bermotifkan Batik Merbok, (b) mendapatkan pandangan DYTM Raja Puan Muda dalam rekacorak Batik Merbok pada pakaian tradisi Negeri Kedah dalam usaha mempromosikan serta mengetengahkan rekaan pakaian tersebut secara lebih meluas (c ) mencadangkan DYTM Raja Puan Muda sebagai ikon bagi pakaian tradisi bermotifkan Batik Merbok.

BM In-House Production

Pihak Pengurusan juga sedang dalam proses membuat permohonan peruntukan kewangan bagi mewujudkan pusat pengeluaran untuk Batik Merbok di dalam Kampus (In-house production). Sekiranya ia menjadi kenyataan, ianya bakal memberi lonjakan kepada perkembangan Batik Merbok.

Agenda Keusahawanan di Kampus 2019

Agenda keusahawanan pelajar akan diteruskan pada tahun 2019. Untuk 2019, Kampus akan fokus kepada 3 bentuk aktiviti keusahawanan iaitu social entrepreneurshipglobal entrepreneurship dan pemantapan projek keusahawanan pelajar secara individu. Dataran MASMED akan digunakan sebagai lokasi utama aktiviti keusahawanan pelajar.    

MOU / MOA Terkini

Di awal tahun 2019, 2 MOU / MOA telah ditandatangani oleh UiTM Cawangan Kedah iaitu dengan  (a) Zurich University of Applied Sciences (14/1/2019 – 13/1/2024) dan  (b) Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah

(24/1/2019 - 23/1/2022)

Dalam masa terdekat juga beberapa MOU / MOA akan termeterai dengan Suan Sunandha Rajabhat University, Thailand, (Dijangka Februari 2019), University of Sarjanawiyata Tamansiswa (UST), Indonesia (Dijangka Mac 2019), Simply UMH Travel Services dan beberapa lagi. Semoga usaha-uasaha ini akan membawa manafaat

Peruntukan KY2019

Kampus UiTM Cawangan Kedah telah menerima sejumlah peruntukan untuk pengantian LED projector, peralatan FSSR serta sejumlah peruntukan untuk membina tangka air tambahan. Sebuah syarikat juga sedang menyiapkan telaga tiub di dalam Kampus. Semoga dengan tenaga tiub serta tangki tambahan ini, masalah bekalan air dapat diatasi menjelang hujung tahun 2019.

 

Permohonan Khemah Tetap di Dewan Perdana

Pihak Pengurusan juga telah menyerahkan kertas permohonan untuk mendapatkan peruntukan untuk membina khemah secara tetap di sebelah kiri dan kanan Dewan Perdana bagi kegunaan semasa istiadat konvokesyen. Jika berjaya sudah tentu akan mengurangkan perbelanjaan dari segi penyewaan setiap kali berlangsung Istiadat Konvokesyen.  

Struktur “Ruang Santai Pelajar” di Academic Courtyard

Struktur binaan yang bakal dilengkapi dengan kemudahan wifi sedang giap disiapkan di Academic Courtyard. Bangunan berkenaan bukan sahaja boleh digunakan oleh pelajar untuk perbincangan serta menggunakan kemudahan internet tetapi juga boleh digunakan bagi tujuan penganjuran program-program yang sesuai. 

Bangunan Pentadbir Akademik & Bangunan Vetting

Kemudahan Bilik Pentadbir Akademik telah siap sepenuhnya dan akan mula digunakan dalam masa terdekat. Semoga dengan kemudahan ini akan memudahkan urusan pelajar dan pensyarah dengan pihak pentadbir akademik. Bangunan Vetting juga sudah mencapai 40% siap. Apabila siap nanti ianya bakal memberikan keselesaan kepada pensyarah dalam urusan vetting. Ianya juga akan menempatkan Pejabat MDAB serta boleh digunakan sebagai  kemudahan bilik mesyuarat serta bilik latihan kepada kakitangan.

Kemudahan Restoran Universiti

Pihak Pengurusan telah bersetuju untuk menyediakan kemudahan Restoran Universiti (RU) dengan menu-menu istimewa untuk kemudahan kakitangan serta pelawat. Urusan-urusan yang berkaitan sedang berjalan. Semoga ianya akan beroperasi dalam kadar yang segera.

Liputan Media

Untuk Bulan Januari 2019,  UiTM Cawangan Kedah secara keseluruhannya mendapat sebanyak 8 liputan media di akhbar-akhbar tempatan. Semoga jumlah liputan terus meningkat. Tuan / Puan juga sangat-sangat digalakkan untuk menulis tentang apa-apa isu di mana-mana ruangan yang sesuai di media massa. Mohon rujuk Unit Komunikasi Korporat untuk tujuan ini.

 

Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga  tahun 2019 akan menjanjikan peluang dan rezeki yang lebih cemerlang buat kita semua. Inshaa Allah :)