Pelajar yang kehilangan kad pelajar:

1. Buat laporan kehilangan kad pelajar di Pejabat Polis Bantuan;

2. Buat pembayaran sebanyak RM50.00 di Pejabat Bendahari. (Sila pastikan anda diberikan resit pembayaran);

3. Bawa Laporan Kehilangan Kad Pelajar serta Resit Pembayaran dan serahkan kepada staf di Seksyen ICT untuk cetakan kad pelajar yang baru.

 

Pelajar yang kerosakan kad pelajar:

1. Buat pembayaran sebanyak RM50.00 di Pejabat Bendahari. (Sila pastikan anda diberikan resit pembayaran);

3. Bawa Resit Pembayaran dan serahkan kepada staf di Seksyen ICT untuk cetakan kad pelajar yang baru.



Mohon maklum bahawa waktu operasi untuk penyediaan kad pelajar adalah seperti berikut:

  Ahad-Rabu  :  8.30 pagi - 10.30 pagi            Khamis  :  8.30 pagi - 10.30 pagi
      11.30 pagi - 01.00 petang       11.30 pagi - 01.00 petang
      2.30 petang - 5.00 petang       2.30 petang - 3.30 petang

 

Q & A

Berapakah bayaran gantian kad pelajar atau staf?
Pelajar atau staf perlu membayar sebanyak RM50.00 sebagai bayaran gantian kad.

Bila perlu saya membuat bayaran gantian kad?
Anda perlu membuat bayaran gantian kad bagi setiap kad yang ingin di ganti samada rosak, hilang, dicuri, dirompak ataupun diragut.

Dimanakah bayaran gantian kad boleh dibuat?
Bayaran gantian kad boleh dibuat di kaunter Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Kedah

Bilakah dan dimana saya boleh membuat kad?
Pejabat Am Unit Teknologi Maklumat di Aras 2, Bangunan Pentadbiran, UiTM Cawangan Kedah mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Bolehkah saya menggunakan gambar sendiri melalui CD atau “Pendrive”?
Tidak Boleh. Gambar staf atau pelajar akan diambil secara terus di kaunter.

Apakah dokumen yang perlu dibawa pagi proses cetakan kad?
Cetakan pertama kali: Pelajar atau staf hanya perlu membawa Salinan surat tawaran.
cetakan gantian kad: Pelajar atau staf perlu membawa Resit Pembayaran dari Bendahari UiTM.

Saya seorang pelajar yang telah bertukar kampus/ program, adakah saya perlu membuat gantian kad?
Ya. Gantian kad perlu membuat bayaran.

Saya seorang staf yang telah bertukar kampus,adakah saya perlu membuat gantian kad?
Ya. Gantian kad staf yang bertukar kampus tidak perlu membuat bayaran.


Sekian, harap maklum.

 

Seksyen ICT
Bahagian Pengurusan Fasiliti dan ICT