Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-91 UiTM Cawangan Kedah

 

Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam termasuk Universiti Teknologi MARA telah menjalankan Kajian Pengesanan Graduan sejak tahun 2000 atas arahan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kajian ini bertujuan mengukur tahap 'employability' dan 'marketability' graduan selain mendapatkan pandangan/persepsi graduan tentang keberkesanan dan kualiti program akademik dan sistem penyampaian di Universiti. 


UiTM Cawangan Kedah, khususnya mengambil inisiatif untuk mengemaskini data para Alumni yang telah bergraduat. Objektif utama pengemaskinian data ini adalah bertujuan untuk menjalinkan jaringan bersama di antara warga UiTM Cawangan Kedah dengan para Alumni.


 
Oleh itu, semua graduan dimestikan mengisi 2 borang sebelum hari konvokesyen iaitu:

 *1) Borang Kajian Pengesanan Graduan IPTA secara atas talian (on-line): http://graduan.moe.gov.my/v/ 

*2) Borang Pendaftaran Alumni UiTM Cawangan Kedah di laman sesawang UiTM Kedah: Link: https://forms.gle/vbdNAWvefCasYw417


Graduan dikehendaki menyerahkan slip Kajian Pengesanan Graduan dan memastikan anda telah mendaftar sebagai Alumni UiTM Cawangan Kedah sebelum ke kaunter Pengambilan Jubah.