Untuk makluman semua warga UiTM Cawangan Kedah, selari dengan keperluan penjimatan utiliti serta penggunaan secara berhemah harta benda UiTM, mulai 12/9/19 tempahan penggunaan Dewan Perdana serta semua kemudahan sukan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Pejabat Rektor.

Prosedur tempahan adalah seperti berikut:

Langkah 1 - Pengguna dapatkan kelulusan program/majlis/aktiviti
Langkah 2 - Pengguna mohon surat kebenaran menggunakan Dewan Perdana dari Pejabat Rektor
Langkah 3 - Bawa surat yang telah diluluskan ke BPF dan kepilkan bersama borang tempahan majlis