Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Y. Bhg. Prof Emeritus / Dato' / Datin / Prof. / Tuan / Puan,

MEMBUANG/UNINSTALL PERISIAN ADOBE CC VERSI LAMA BAGI PEMILIK AKAUN (STAF) DI UiTM

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa kontrak perolehan perisian Adobe CC UiTM bersama syarikat Adobe akan tamat pada 14 Ogos 2019 dan selepas tarikh tersebut, semua penggunaan perisian Adobe CC di UiTM perlu menggunakan lesen Adobe CC di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

3. Sehubungan dengan itu, mohon tindakan semua Pemilik Akaun (Staf) untuk membuang (uninstall)  perisian Adobe di peranti masing-masing sebelum 20 Julai 2019. Ini disebabkan Pemilik Akaun adalah bertanggungjawab sepenuhnya jika gagal membuang (uninstall) perisian Adobe yang lama (mana-mana instalasi sebelum tahun 2019) dan sekiranya pihak syarikat Adobe mendapati perisian Adobe yang lama masih digunakan di UiTM selepas 14 Ogos 2019, Pemilik Akaun (Staf) adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar saman atau denda yang dikenakan nanti.

Berikut adalah senarai Aplikasi yang terdapat dalam Perisian Adobe CC dan versi yang lama.

Photoshop Lightroom Illustrator InDesign
Adobe XD Premiere Rush Premiere Pro After Effects
Dimension Acrobat Pro Dreamweaver Animate
Audition Lightroom Classic Character Animator Spark
Bridge Media Encoder InCopy Prelude
Fuse (Beta) CS6 CS3

 

4. Adalah dinasihatkan agar semua Pemilik Akaun (Staf) untuk membuat salinan (backup file) atau penyimpanan semula data yang berada dalam cloud storage Adobe CC di mana-mana simpanan yang sesuai agar isu kehilangan data dapat di elakkan  Bagi memudahkan urusan membuang/uninstall perisian tersebut disertakan satu tools seperti langkah-langkah dibawah ini:

a) Klik di sini  http://10.0.13.111/ 

b) Muat turun TOOLS UNINSTALL ADOBE ID (INDIVIDUAL)

c) Pilih Operating System yang digunakan

d) Run (double click) AdobeCCUninstaller.exe

e) Sila ke https://helpx.adobe.com/enterprise/kb/remove-unauthorized-versions.html untuk maklumat lebih lanjut.

6. Bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap aktiviti pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran di UiTM dalam penggunaan perisian Adobe CC, tuan/puan perlu mendapatkan versi terbaru perisian Adobe CC di bawah kontrak KPM. Untuk tujuan itu, tuan/puan perlu memohon lesen perisian Adobe CC hanya melalui Sistem BSU (https://bsu.uitm.edu.my/) dengan memilih perkara di bawah :

     i. Pilih Software seterusnya New Software.
    ii. Lengkapkan maklumat Purpose, Remark dan tekan butang Continue.
   iii. Tekan butang Add Booking.
   iv. Pilih 
                        State : Selangor, 
                        Campus : UiTM Shah Alam, 
                        Department : Pej.Pemb.Infrastruktur & Infostrutur, 
                        Category :  Adobe dan lengkapkan maklumat seterusnya.

7. Sebarang pertanyaan berkaitan sila hubungi 0355442149 / 2619 / 2602 / 2203  atau sila berhubung terus dengan Staf IT di PTJ masing-masing untuk proses membuang/uninstall perisian tersebut.


Terima kasih.

 

PROF. DATIN DR NOOR HABIBAH HJ ARSHAD
Penolong Naib Canselor (Infostruktur)
UiTM Shah Alam