Pusat Islam UiTM Cawangan Kedah dengan kerjasama semua Bahagian dan Persatuan, akan mengadakan Ibadah Korban 2019 pada 13 Ogos 2019 (Hari Raya Ketiga).

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin membuka penyertaan Ibadah Korban Perdana 2019 kepada warga UiTM Cawangan Kedah yang berminat. Bayaran adalah secara tunai (Lump Sam).

Harga setompok daging pada tahun ini adalah RM 700. Seekor lembu bersamaan 7 tompok : RM 700 x 7 : RM 4900.

Kami mengalu- alukan kepada sesiapa sahaja yang ingin memberi sumbangan atau tajaan samada dari segi bentuk makanan, binatang korban dan sebagainya untuk sama sama kita dapat membantu kepada orang yang serba kekurangan pada hari tersebut.

Tarikh akhir penyertaan korban adalah pada 31 Julai 2019

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi :
0196690506 - Ust Mhd Khir / 0133763089 - Ust Syamsul / 0139098837 - atau terus datang ke Pejabat Unit Hal Ehwal Islam di Kolej Malinja. 04 -4562282/2283

Sekian. Harap Maklum