TAMBAHAN :

Bagi pensyarah PTFT mohon hantar permohonan menggunakan gmail uitm @uitm.edu.my  tuan/puan seperti langkah di bawah :

Emel Alternatif adalah emel peribadi dan bukan  emel yang beralamat  @uitm.edu.my
 
Mohon kerjasama semua yang belum melaksanakan input ini. Mohon semak input alternatif emel tuan/puan di i-staff portal. Jika tiada laksanakan SEGERA.
 
Kegagalan melaksanakan kemaskini menyebabkan akaun Web SSO tidak dapat diaktifkan dan tiada akses kepada sistem seperti emel @warga.uitm , FiNE , HR2U dan SIMS.


Untuk makluman, pihak Jabatan Infostruktur telah menaiktaraf capaian sistem rangkaian tanpa wayar UiTM (WIFI). Sehubungan dengan itu :

 

i) SSID sedia ada, UiTMMerbok Staff akan ditutup mulai 1 Mac 2020 dan digantikan dengan SSID UiTM WiFi STAF.

ii) Sila ke pautan https://wifi.uitm.edu.my/activation terlebih dahulu untuk tujuan pengaktifan dan penggunaan akaun SSID UiTM WiFi STAF.

iii) Pengaktifan dan "login" dilakukan hanya sekali sahaja bagi setiap pengguna.


Dilampirkan Tatacara Pengaktifan Akaun WIFI Staf.