Assalammualaikum dan salam sejahtera.

YBhg. Tuan / Puan

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Seperti yang sedia maklum, Unit Sukan akan mengadakan Program Berbasikal Rektor Bersama Staf UiTM Cawangan Kedah pada 4 Julai 2019 jam 8.00 pagi bermula di Tasek Merbok, UiTM Cawangan Kedah. Namun begitu atas sebab teknikal, program kayuhan ini akan diadakan pada 4 Ogos 2019 di Tasik Merbok. Kayuhan ini akan melibatkan Pihak Pengurusan JKE, KPP dan Ketua-ketua Unit HEP. Anggaran peserta adalah seramai 50 orang.

3. Program ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti laluan berbasikal dan jogging untuk riadah warga Kampus dan penganjuran aktiviti sukan. Sehubungan itu pihak kami ingin menjemput YBhg. Tuan / Puan yang berkelapangan untuk menyertai program tersebut.

4. Untuk makluman, basikal UiTM hanya akan disediakan untuk JKE, KPP dan Ketua-ketua Unit HEP. Pada peserta yang mempunyai basikal sendiri amatlah digalakkan membawa basikal masing-masing.
Kayuhan akan bermula di Tasek Merbok - Kompleks Sukan - Kolej Masria - Kolej Murni - Pagar Hutan Pokok Getah - Kolej Murni - Tasek Merbok. Laluan adalah 3.5KM.

5. Kehadiran YBhg. Tuan / Puan akan direkodkan jam latihan dan minum pagi selepas kayuhan disediakan. Semoga dengan kehadiran YBhg. Tuan / Puan dapat menyemarakkan lagi program tersebut.