Overview for Staff

Objektif Nilai dan Etika Warga UiTM
Menjadikan UiTM berintegriti tinggi sesuai dengan Dasar Integriti UiTM iaitu; UiTM beriltizam membudayakan pengurusan yang berintegriti dan berakauntabiliti ke arah menjadi Universiti Bertaraf Dunia dan Dasar Pembangunan Pelajar UiTM, iaitu; Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama.
Definisi Nilai dan Etika Warga UiTM
Kepercayaan yang mendorong tanggungjawab dan tingkah laku warga untuk membentuk citra warga UiTM dalam sebuah institusi pengajian tinggi awam yang cekap, berdisiplin serta istiqamah mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat. Warga UiTM pula bermaksud, Staf Pentadbiran, Staf Akademik dan Pelajar di seluruh sistem UiTM.