Overview for MDAB

   
Penubuhan program MDAB (Mengubah Destini Anak Bangsa) adalah bertujuan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera dan luar bandar yang berpendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang dari RM4,000 sebulan* tanpa mengambil kira bilangan tanggungan.
 
Syarat-syarat kemasukan ke program PD002 (Pra Diploma Perdagangan)
 

1) Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia
2) Lulus Matematik/Matematik Tambahan
3) Lulus Bahasa Inggeris
4) Lulus Sejarah (SPM 2013)

 

 

Syarat-syarat kemasukan ke program PD007 (Pra Diploma Sains)
*Tidak ditawarkan di kampus cawangan Kedah
  1) Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia
2) Kredit Matematik/Matematik Tambahan
3) Lulus salah satu (1) matapelajaran berikut: Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan
4) Lulus Sejarah (SPM 2013)
   
Semua borang dan dokumen yang telah lengkap diisi perlu dipos atau dihantar ke:
 

Unit MDAB,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
UiTM Cawangan Kedah,
Kampus Sungai Petani,
08400 Merbok,
Kedah Darulaman.