Budaya Perdana UiTM

1

Budaya PERDANA UiTM telah dilancarkan pada 09 Disember 2009.  Penyataan semula serta program pencernaan Budaya PERDANA UiTM telah disempurnakan oleh pihak pengurusan pada 09 April 2010 supaya berlangsung dalam tempoh lima (5) tahun sehingga 2015.

Gagasan Budaya PERDANA UiTM adalah amalan warga terhadap nilai dan etika UiTM berasaskan tujuh (7) prinsip PERDANA yang mendasari konsep Budaya Kerja Kelas Pertama sebagai insan yang berihsan.  Objektifnya adalah untuk melahirkan warga UiTM  sesuai dengan Model Pentadbir Universiti yang mampu melestari dan memacu kegemilangan UiTM.

Budaya PERDANA UiTM ini sebagai pendorong untuk membentuk tujuh (7) personaliti warga UiTM berikut:

1.

Warga UiTM ialah seorang yang bermotivasi tinggi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat. Tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara. Akan memastikan supaya sentiasa ada peningkatan pada diri sendiri dan kerjaya.

2. Warga UiTM mempunyai ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi yang tinggi. Akan menghabiskan semua tugas-tugas yang dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu. Tidak mudah mengalah walaupun melakukan perkara yang sukar.
3. Warga UiTM ialah seorang yang sensitif pada persekitaran, orang lain dan diri sendiri mahupun situasi. Merupakan individu yang suka memerhati dan menyelidik. Amat menitik beratkan pelbagai aspek dalam membuat keputusan dan kesimpulan terhadap sesuatu perkara.
4. Warga UiTM ialah seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Individu ini mampu menegakkan hak mereka dan menyuarakan pendapat mereka kepada orang lain. Namun begitu, pada masa yang sama, mereka juga menjaga perasaan dan menghormati pendapat orang lain serta boleh diajak berunding.
5. Warga UiTM dapat menghayati situasi-situasi yang dapat memberikannya peluang untuk mendapat pengalaman-pengalaman baru. Individu suka pada perubahan dan selalunya suka mencuba perkara-perkara baru. Merupakan seorang yang adventurous. Mudah menyesuaikan diri dengan perubahan mahupun suasana baru.
6. Warga UiTM ialah seorang yang sukakan aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual. Individu merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan namun tidak suka dengan aktiviti yang berulang-ulang. Individu suka memikirkan alternatif yang pelbagai untuk menyelesaikan atau melakukan sesuatu perkara.
7. Warga UiTM ialah seorang yang mempunyai keinginan untuk mencurah simpati, kasih sayang, memberi bantuan serta membuat kebajikan dan kebaikan kepada orang lain. Sangat suka membantu orang lain. Prihatin terhadap keadaan orang lain. Kadangkala sanggup menyusahkan diri sendiri untuk membantu orang lain.
   
Budaya PERDANA Menjana Transformasi

Budaya PERDANA : Kaedah Pencernaannya kepada Warga UiTM

Budaya PERDANA sebagai Nilai Organisasi UiTM