Archive

    Pencalonan Anugerah Akademik UiTM Kedah 2020

    JEMPUTAN PENCALONAN ANUGERAH AKADEMIK UiTM CAWANGAN KEDAH 2020

    Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

    Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), UiTM Cawangan Kedah ingin menjemput YBhg Prof./Prof Madya/Dr./Tuan/Puan, yang menepati kriteria 15 kategori Anugerah yang disenaraikan di bawah, untuk menghantar pencalonan kepada pihak ILD UiTM Kedah. Pemenang Anugerah Akademik UiTM Kedah 2020 ini akan diumumkan pada HARI INOVASI yang dijangka berlangsung pada awal bulan Disember 2020. 

    Tarikh akhir pencalonan adalah pada 15 NOVEMBER 2020

    1   ANUGERAH INOVASI & PENGKOMERSILAN PRODUK
    2   ANUGERAH PENGAJARAN
    3   ANUGERAH PENERBITAN BUKU
    4   ANUGERAH SENI & KREATIVITI
    5   ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN
    6   ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK
    7   ANUGERAH PENYELIDIK TERBAIK
    8   ANUGERAH PENCERAMAH TERBAIK
    9   ANUGERAH E-PEMBELAJARAN
    10    ANUGERAH PENYELIA TERBAIK
    11   ANUGERAH PENSYARAH AKTIF (KEUSAHAWANAN)
    12   ANUGERAH PENSYARAH AKTIF (KEMASYARAKATAN)
    13   ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH & JURNAL
    14   ANUGERAH PENASIHAT AKADEMIK CEMERLANG
    15   ANUGERAH MOOC TERBAIK

     

    Borang Pencalonan ada dilampirkan dan boleh didapati dalam format pdf. Syarat penyertaan adalah berbeza mengikut kategori. Tuan/puan perlu merujuk borang penyertaan berpandukan kategori yang dipilih di mana syarat-syarat ada dinyatakan pada muka surat pertama borang. 

    Sebarang pertanyaan boleh email kepada saya atau hubungi di talian 012 3737024/ 010 7040077. Borang Pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak & dihantar kepada Puan Nor Aishah binti Kamal, Bahagian Hal Ehwal Akademik (04-4562377) selewatnya pada 15 November 2020.  

    Semoga pencalonan ini membawa kejayaan kepada YBhg Prof./Prof Madya/Dr./Tuan/Puan, justeru melayakkan pencalonan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Anugerah Akademik UiTM (AAU) seluruh Malaysia dan Anugerah Akademik Negara (AAN).