Kaedah Pilihan Bayaran Gantian Kad Staf UiTM Secara Atas Talian

 

Staf UiTM boleh membuat bayaran bagi gantian kad staf secara atas talian melalui sistem UCMS (kad.uitm.edu.my) dengan memilih menu Card Application (rujuk tangkap layar di bawah). Mohon untuk ikut langkah yang terdapat pada skrin.

 

 

Aktiviti berkaitan pembayaran juga boleh disemak di menu Status.

 

Jika bayaran telah berjaya dibuat, kad gantian boleh dituntut di kaunter Kad UiTM di kampus masing-masing.