Sebutharga September 2021/02

      UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
      KENYATAAN TAWARAN

    Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di dalam bidang seperti di bawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan Perkhidmatan/Kerja seperti berikut:-

     

    BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA

    TARIKH/MASA/TEMPAT

    No.SEBUTHARGA : SH/01/2021/02
    CADANGAN MENYIAPKAN KERJA-KERJA MENGGANTI FRAME PINTU BILIK DAN TINGKAP DI BLOK A SERTA SEBAHAGIAN DI BLOK B SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI KOLEJ MALINJA, UiTM CAWANGAN KEDAH, KAMPUS SUNGAI PETANI.

     
     Kelayakan  : 

    Berdaftar Dengan 
    1) Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB)
    2) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

     Kod  Gred  :  G2
     Kategori  :  B
     Pengkhususan  :  B04-Kerja Am Bangunan
     Harga Dokumen  :  RM 32.00 Senaskah
      

    Tempat Pamer/Jual/Tutup Tawaran :

    Bahagian Kewangan
    Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani
    08400 Merbok
    Kedah Darul Aman

    Tarikh/Masa Taklimat/Lawatan Tapak:
    19/09/2021 Jam 10.30 Pagi

    Tarikh Tutup Tawaran : 
    10/10/2021 Jam 12.00 tengahari

     

    1.   Dokumen Meja Tawaran akan dipamer 20/09/2021. (Hanya dengan temujanji -mulai 20 September 2021 waktu 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari)
    2.   Lawatan tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN sekiranya terdapat keperluan untuk lawatan tapak bagi mendapatkan maklumat lanjut, pihak syarikat boleh mengemukakan permohonan secara rasmi melalui emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (En. Mohamad Abdullah, No. Telefon : 04-4562001) dalam tempoh iklan.
    3.   Taklimat tapak akan diadakan pada Tarikh 19/09/2021 secara atas talian pada jam 10:30 pagi. Kontraktor yang berminat menyertai Tender ini perlu mendaftar di pautan https://forms.gle/SczcK7uSkVmqhCSR8 sebelum atau pada 16/09/2021 jam 12.00 tengahari. Pautan ke taklimat akan diberikan melalui Email /WhatsApp setelah pendaftaran ini berjaya.
    4.   Dokumen Tawaran boleh dibeli Selepas Taklimat pada waktu pejabat dengan menggunakan Pembayaran Tanpa Tunai (Kad Debit/Kad Kredit). (Penjualan dokumen tender adalah dengan temujanji mulai 20 September 2021 sehingga 10 Oktober 2021 dengan 4 sesi.
        i.   9.00 pagi hingga 9.50 pagi
    ii.  10.00 pagi hingga 10.50 pagi
    iii. 11.00  pagi hingga 11.50 pagi
    iv. 12.00 tengahari hingga 12.45 tengahari
        Dengan terhad 5 orang setiap sesi. Temujanji adalah dengan panggilan telefon ke kaunter Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Kedah. Sebarang pindaan waktu sesi tertakluk kepada kekosongan sesi yang sedia ada. Nombor untuk dihubungi bagi temujanji (9.00 pagi – 4.00 petang) ; 04 456 2074 / 04 4456 2061 / 013 229 0477
    5.    P5. Petender-petender dikehendaki membawa SALINAN SIJIL PENDAFTARAN PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (CIDB), SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (CIDB) SERTA SIJIL TARAF BUMIPUTERA (PKK) dalam bidang berkaitan semasa membeli Dokumen Tawaran tersebut.
    6.   Tawaran ditutup pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Tawaran Tender yang lewat diterima dari waktu tutup tidak akan dipertimbangkan. “Jika dokumen tender/sebut harga rasmi ini dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/ kurier, Petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada Tarikh Tutup (10 Oktober 2021) tender/ sebut harga rasmi selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan"

    _______________________________________________________________________________

    Tarikh Iklan              :     12 September 2021

    QUICK LINKS

    Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah,
    Kampus Sungai Petani,
    08400 Merbok,
    Kedah Darulaman,
    Malaysia.

    Tel: +604-456 2000
    Fax: +604-456 2223

    General Inquiry: Corporate Communication Unit
    Email: korporatkdh@uitm.edu.my