Program Ifthar Jamaei 2021

    Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

    YBhg. Dato'/ Datin/ Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tuan/ Puan,

     

    Pada tahun ini kedatangan Bulan Ramadhan 2021  akan  disambut dalam norma baharu, Pusat Islam UiTM Kedah akan menganjurkan program sepanjang bulan Ramadhan  iaitu Program Ifthar Jamaei (Berbuka Puasa Di Pusat Islam), Solat Tarawihk Berjemaah, Tadarus Al-Quran, Qiyammulail dan Kalam Zuhri.

     

    Sehubungan itu , Pusat Islam UiTM Kedah ingin memohon sumbangan Ifthar Jamaei 2021 (Berbuka Puasa) kepada seluruh  warga UiTM Kedah samada individu atau berkumpulan  yang ingin  membuat kebajikan kepada pelajar-pelajar kita yang kurang berkemampuan dalam bulan Ramadhan yang menjelma tidak lama lagi. 

     

    Selain itu ,pihak kami juga menerima sumbangan  apa sahaja yang boleh membantu kita dalam mendapat ganjaran pahala Allah S.W.T , dan sebagainya. Objektif utama Ifthar Jamaei 2021 adalah  membantu pelajar-pelajar kita yang kurang berkemampuan.

     

     Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

    “Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin.”      Al Baqarah - Ayat 83

     

    (Al-Baqarah: 83)

    Sehubungan itu, pihak kami ingin membuka penyertaan sumbangan  kepada Unit, Bahagian dan Fakulti  yang ingin menjayakan Program Ifthar Ramadhan 2021 ini.

    QUICK LINKS

    Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah,
    Kampus Sungai Petani,
    08400 Merbok,
    Kedah Darulaman,
    Malaysia.

    Tel: +604-456 2000
    Fax: +604-456 2223

    General Inquiry: Corporate Communication Unit
    Email: korporatkdh@uitm.edu.my