Minggu Bertemu Penasihat Akademik

    Assalamualaikum w.b.t / Salam Sejahtera

    YBhg Prof./Prof Madya/Dr./Tuan/Puan,


    PROGRAM PEMERKASAAN PENASIHAT AKADEMIK (PA): ‘MINGGU BERTEMU PENASIHAT AKADEMIK’ ANJURAN BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK, UiTM CAWANGAN KEDAH

    Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

    2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Akademik akan mengadakan program Pemerkasaan Penasihat Akademik (PA): ‘MINGGU BERTEMU PENASIHAT AKADEMIK’ yang bertujuan untuk memperkasakan peranan Penasihat Akademik melalui sesi-sesi pejumpaan dengan pelajar-pelajar di bawah seliaan masing-masing. Program ini diharapkan dapat membantu komunikasi PA dan pelajar di bawah seliaan dalam menerangkan perkara-perkara berkaitan peranan dan bidang tugas pentadbiran pelajar untuk diambil perhatian, tindakan dan seterusnya melicinkan proses pembelajaran dan aktiviti akademik pelajar sepanjang pengajian pelajar.

    3. Dengan ini pihak BHEA UiTM Kedah dengan kerjasama Jawatankuasa PA ingin menjemput YBhg Prof./Prof Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menyertai program seperti butiran berikut :-

    Tarikh : 15 - 21 Mei 2022
    Platform : ‘Online Meet’ atau ‘F2F’ (Mengikut ketetapan PA-Pelajar)

    4. PA boleh mengemaskini maklumat dan laporan ringkas pertemuan dengan pelajar ke dalam sistem PA Dashboard (Rujuk Manual Pengguna PA Dashboard di pautan https://ikedah.uitm.edu.my/iAkademik/ePA/)

    5. Sebarang masalah berkaitan sistem, PA boleh membuat aduan di pautan units.uitm.edu.my

    Penyertaan PA dan pelajar di bawah seliaan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian.

    QUICK LINKS


    Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah,

    Kampus Sungai Petani,
    08400 Merbok,
    Kedah Darulaman,
    Malaysia.

    Tel: +604-456 2000
    Fax: +604-456 2223

    General Inquiry: Corporate Communication Unit
    Email: korporatkdh@uitm.edu.my