Proses Kad Pelajar (Smartcard)

Pelajar yang kehilangan kad pelajar:

1. Buat laporan kehilangan kad pelajar di Pejabat Polis Bantuan;

2. Buat pembayaran sebanyak RM50.00 di Pejabat Bendahari. (Sila pastikan anda diberikan resit pembayaran);

3. Bawa Laporan Kehilangan Kad Pelajar serta Resit Pembayaran dan serahkan kepada staf di Bahagian Infostruktur untuk cetakan kad pelajar yang baru.

 

Pelajar yang kerosakan kad pelajar:

1. Buat pembayaran sebanyak RM50.00 di Pejabat Bendahari. (Sila pastikan anda diberikan resit pembayaran);

3. Bawa Resit Pembayaran dan serahkan kepada staf di Bahagian Infostruktur untuk cetakan kad pelajar yang baru.



Mohon maklum bahawa waktu operasi untuk penyediaan kad pelajar adalah seperti berikut:

  Ahad-Rabu  :  8.30 pagi - 10.30 pagi            Khamis  :  8.30 pagi - 10.30 pagi
      11.30 pagi - 01.00 petang       11.30 pagi - 01.00 petang
      2.30 petang - 5.00 petang       2.30 petang - 3.30 petang

 

Q & A

Berapakah bayaran gantian kad pelajar atau staf?
Pelajar atau staf perlu membayar sebanyak RM50.00 sebagai bayaran gantian kad.

Bila perlu saya membuat bayaran gantian kad?
Anda perlu membuat bayaran gantian kad bagi setiap kad yang ingin diganti samada rosak, hilang, dicuri, dirompak ataupun diragut.

Dimanakah bayaran gantian kad boleh dibuat?
Bayaran gantian kad boleh dibuat di kaunter Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Kedah

Bilakah dan dimana saya boleh membuat kad?
Pejabat Am Bahagian Infostruktur (Unit Teknologi Maklumat) di Aras 2, Bangunan Pentadbiran, UiTM Cawangan Kedah mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Bolehkah saya menggunakan gambar sendiri melalui CD atau “Pendrive”?
Tidak Boleh. Gambar staf atau pelajar perlu diupload(dimuat naik) melalui sistem https://kad.uitm.edu.my menu MANAGE PROFAIL/PHOTO . Gambar dimuat naik mesti mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam sistem. Cetakan tidak akan dibuat jika tiada gambar dimuat naik dalam sistem

Apakah dokumen yang perlu dibawa pagi proses cetakan kad?
Cetakan pertama kali: Pelajar atau staf hanya perlu membawa Salinan surat tawaran.
Cetakan gantian kad: Pelajar atau staf perlu membawa Resit Pembayaran dari Bendahari UiTM.

Saya seorang pelajar yang telah bertukar kampus/ program, adakah saya perlu membuat gantian kad?
Ya. Gantian kad perlu membuat bayaran.

Saya seorang staf yang telah bertukar kampus,adakah saya perlu membuat gantian kad?
Ya. Gantian kad staf amat digalakkan supaya maklumat pada kad adalah betul.

QUICK LINKS
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah,
Kampus Sungai Petani,
08400 Merbok,
Kedah Darulaman,
Malaysia.

Tel: +604-456 2000
Fax: +604-456 2223

General Inquiry: Corporate Communication Unit
Email: korporatkdh@uitm.edu.my