Staff

    Rector's Office
    Pelan Tindakan Kecemasan

    Pelan Tindakan Kecemasan ini merupakan panduan umum kepada kakitangan dan pelajar UiTM Cawangan Kedah tentang cara-cara menyelamatkan diri iaitu dengan mengosongkan bangunan jika berlaku sebarang insiden kecemasan.

    Insiden Kecemasan yang dimaksudkan termasuklah ancaman kebakaran, gempa bumi dan sebagainya yang mana memerlukan penghuni sesebuah bangunan mengosongkannya secepat mungkin untuk mengelakkan dari risiko kemalangan yang lebih serius.

    Disertakan juga Pelan Kecemasan (Tempat Berkumpul) untuk panduan semua warga UiTM Cawangan Kedah sekiranya berlaku sebarang insiden kecemasan yang tidak dijangka. Semua kakitangan dan pelajar diminta untuk berkumpul ditempat-tempat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kebakaran.

     

    JITEN - Jawatankuasa Penilaian Projek Dan Teknikal ICT Dan Elektronik

    Jawatankuasa Penilaian Projek Dan Teknikal ICT Dan Elektronik (JITEN)

    Bidang kuasa dasar JITEN:

    1. Meluluskan permohonan perolehan ICT negeri yang bernilai kurang RM50,000.00 merangkumi skop IT, Alat Pandang Dengar, Peralatan Elektronik Pejabat dan Makmal, Telekomunikasi dan Sumber Digital (Digital Resources).
    2. Menetapkan arah tuju dan strategik untuk perlaksanaan IT kampus negeri.
    3. Menyelaras dan menyeragamkan perlaksanaan IT kampus negeri agar selari dengan pelan strategik IT UiTM dan pelan strategik IT sektor awam.
    4. Mengetuai dan memantau perkembangan program IT kampus negeri serta memahami keperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam perlaksanaan IT.
    5. Mengenalpasti peruntukan perolehan Pusat Tanggungjawab.


    Skop perolehan peralatan yang perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa ini:

    Pekeliling TNC (Pembangunan) Bil. 3 Tahun 2020 - PengemaskinianSkop Penilaian Bekalan Dan Perkhidmatan Di Bawah Jawatankuasa Teknikal ICT dan Elektronik (JITE), Jawatankuasa Teknikal ICT dan Elektronik Negeri (JITEN) dan Jawatankuasa Teknikal ICT dan Elektronik Zon (JITEZ)

     

    Dokumen yang perlu diserahkan kepada Urusetia

    1. Surat Permohonan kepada Pengerusi JITEN yang ditandatangani oleh pemohon (Ketua Bahagian/ Ketua Pusat Pengajian).
    2. Borang JITEN 2020.
    3. Borang Spesifikasi bagi setiap peralatan yang dimohon (yang telah diisi di dalam Sistem eProcurement Plus)
    4. Katalog setiap peralatan yang dimohon (dilampirkan di dalam borang spesifikasi di dalam Sistem eProcurement Plus)
      * Dokumen lain tidak perlu diserahkan.
    ACT4U - Academic Staff Club for UiTM Kedah

    Academic Staff Club for UiTM Kedah or ACT4U formerly known as ACSTAC was an internal club established as a mediator between the administrations of UiTM Kedah and the academicians. ACT4U acts as a charity body that tries to solve academicians’ problems as well as a body that organize activities to tighten the relationship among academicians. The club helps to convey information from management to its members and also participate in activities organized by the management. 

    All academicians of UiTM Kedah are automatically registered to ACT4U. Activities are run using fund raised among members with minimum of RM20 annually.

    Objectives
    1. To bond relationship between academicians in UiTM Kedah.
    2. Organize academic. social and recreational activities involving academicians in UiTM Kedah.
    3. Focus on creating charity spirit and harmoniuos environment among its members.
    4. Helps and organizes activities by top management.