Home Pendahuluan
Pendahuluan PDF Print E-mail

 

Pengamalan 5S merupakan satu aktiviti dalam meningkatkan  persekitaran pejabat.  Amalan ini dijadikan sebagai tempat terpenting dalam membentuk disiplin pekerja dan pelajar bagi memastikan tempat kerja serta kolej kediaman bersih, teratur, sempurna, selamat dan mudah diawasi dalam usaha meningkatkan mutu kerja, proses, peralatan, keselamatan dan perkhidmatan.

Bagi memastikan matlamat 5S tercapai, pihak UiTM Kedah mengisyitiharkan hari Ahad minggu kedua dan keempat sebagai Hari 5S Berikut adalah penerangan mengenai 5S:-

SEIRI – SISIH – SORT
Sisih barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan buangkannya secara sistematik.

SEITON – SUSUN – SET IN ORDER
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

SEISO – SAPU – SHINE
Bersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kekotoran di lantai, mesin dan peralatan.

SEIKETSU – SERAGAM – STANDARDISE
Pastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih mengikut peraturan.

SHITSUKE – SENTIASA AMAL – SUSTAIN
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya organisasi.

 

Last Updated on Tuesday, 18 August 2009 12:31