|
Maklumat Jenis-jenis Kemudahan Di Bah. Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
- Tabung Kebajikan Pelajar.
- Tabung Kegiatan Ko-Kurikulum Pelajar.
- Tabung Amanah Kolej.
A. Tabung Kebajikan Pelajar
- Sumbangan ini dikumpul dalam bentuk tabung bagi membantu pelajar-pelajar sekiranya berlaku kematian/kemalangan di mana setiap pelajar wajib membayar kepada Tabung Kebajikan sebanyak RM 5.00 setiap semester.
- Bagi pelajar yang meninggal dunia, sumbangan diberikan kepada waris sebanyak RM 7,000.00.
- Bagi pelajar yang mengalami kemalangan, contohnya seperti patah kaki atau tangan atau hilang anggota lain atau hilang keupayaan, jumlah bantuan diberi mengikut kelayakan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian:
- Puan Norhashimah Abd. Razak - 04-4562038
- Hjh Faidzah Mohd Yasin - 04-4562042
- Pejabat Am - 04-4562036
B. Tabung Kegiatan Ko-Kurikulum Pelajar:
- Tabung ini bertujuan untuk membiayai segala kegiatan bukan akademik pelajar seperti aktiviti pelajar, persatuan dan kelab dalaman pelajar atau kegiatan kursus ko-kurikulum.
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian:
- Puan Norhashimah Abd. Razak - 04-4562038
- Hjh Faidzah Mohd Yasin - 04-4562042
- Pejabat Am - 04-4562036
C. Tabung Amanah Kolej:
- Tabung ini khas untuk membiayai aktiviti yang dijalankan oleh pelajar di kolej berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, Pegawai-Pegawai berikut boleh dihubungi di talian:
- Puan Norhashimah Abd. Razak - 04-4562038
- Puan Hjh Halina Hj Abdullah - 04-4562258
SYARAT-SYARAT BANTUAN / PINJAMAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR
Pelajar dikehendaki mengisi Borang Bantuan / Pinjaman yang boleh didapati dari pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UiTM Kedah. Had bantuan / pinjaman maksima ialah RM500.00 (lima ratus ringgit) tetapi jumlah kelulusan bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa.
Syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah Bumiputera warganegara Malaysia.
- Pelajar sepenuh masa diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang mendaftar dengan UiTM adalah layak memohon dan permohonan hendaklah dibuat pada setiap semester. Pelajar yang baru mendaftar di peringkat diploma dan ijazah adalah tidak layak memohon (hanya pelajar semester 2 ke atas sahaja yang layak memohon).
- Pelajar tidak mempunyai rekod kesalahan tatatertib oleh Lembaga Tatatertib UiTM.
- Pelajar yang ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut, dipanah petir, tanah runtuh, bangunan runtuh, pokok tumbang dan kebakaran.
- Pelajar yang mengalami kecurian barang / kehilangan barang / samun / rompakan / kecurian motosikal / kereta / kehilangan wang daripada akaun pelajar. Kes perlu dibuktikan dengan adanya laporan pihak polis dan agensi yang berkaitan dengan disertakan semua salinan yang diperlukan.
- Mana-mana kampus cawangan UiTM yang mengalami kekurangan dana dalam urusan memberi bantuan boleh mendapatkan bantuan Tabung Kebajikan Pelajar daripada kampus UiTM Malaysia.
- Pelajar yang layak memohon bantuan / pinjaman adalah pelajar yang pendapatan keluarganya di bawah RM1,000.00.
- Pelajar yang layak diberi pinjaman untuk membayar yuran pengajian pada awal semester mesti menyelesaikan pinjaman dalam masa semester itu juga.
- Pelajar perlu mengisi surat jaminan (letter of indemnity) bayaran balik pinjaman ketika memohon pinjaman.
- Sekiranya pelajar tidak membayar balik pinjaman sehingga semester berakhir, keputusan / skrol peperiksaan akan ditahan sehingga pelajar membayar balik pinjaman.
- Pinjaman akan diberi dalam bentuk waran.
- Bayaran balik pinjaman juga boleh dibuat secara berperingkat-peringkat di dalam tempoh tersebut ataupun sekaligus.
- Kadar bantuan bayaran tambang perjalanan kematian ibu / bapa:
|
Tambang perjalanan kematian ibu/bapa
|
RM
|
|
Semenanjung Malaysia
|
100.00
|
|
Sabah
|
400.00
|
|
Sarawak
|
300.00
|
|
|
Last Updated on Sunday, 15 November 2009 17:40 |